Thursday, November 11, 2010

Banjir


Banjir begitu sinonim dalam hidup aku. Sejak kecil boleh dikatakan setahun sekali kami sekeluarga kena berpindah kerana rumah kami dinaiki air. Pernah juga kami berpindah 2 kali dalam seminggu kerana air banjir yang telah surut naik semula.


Paling besar dan dalam air banjir seingat aku pada tahun 1979, semasa aku darjah satu. Rumah kami hanya nampak perabung sahaja. Tenggelam semuanya.


Bila air surut, bukan setakat kena cuci rumah, kadangkala rumah pun senget. Ada tiang rumah yang tumbang. Terpaksalah arwah ayah betulkan dengan daya kreativitinya yang tersendiri.


Dan aku ada menanam azam untuk membawa keluarga aku ke tempat yang lebih tinggi. Supaya musim banjir atau 'puye bah' tidak lagi merisaukan kami. Kami pernah mengetuk pintu rumah jiran pukul 4.00 pagi kerana terpaksa menumpang apabila air naik hampir mencecah lantai rumah kami dengan agak cepat semasa aku dan adik-adik sedang lena tidur.


Itu sudah menjadi kebiasaan apabila tiba musim tengkujuh. Berpindah sudah dijangkakan walaupun hati kami sekeluarga sentiasa berdoa supaya air tidak naik. Kami tidak pernah menyalahkan Menteri Besar atau wakil rakyat atau exco. Kami tidak pernah mengharapkan untuk bersua muka dengan mereka. Kami tahu satu negeri dilanda banjir, mereka telah ada wakil yang dilantik disetiap daerah dan kampung untuk membantu kami yang ditimpa musibah.


Semasa aku darjah empat, pernah aku melihat petugas yang membahagikan sardin untuk mangsa banjir. Dia bertanyakan kepada ayahku,


"Anak berapa ni?"


"Sepuluh," jawab ayah. Ye lah, anak lapan campur ayah dan mak, sepuluh.


"Ramai te..h....." kata petugas itu dengan nada tak percaya dan protes. Dia dengan gaya nak tak nak membahagikan sejumlah sardin kepada ayah.


Peristiwa itu membuatkan aku merasa 'bengkek' dengan petugas itu yang akhirnya berjaya menjadi adun dan MP mewakili parti cap dacing di kawasan aku, walaupun aku tak pernah sekalipun mengundinya.


Macam-macam cerita banjir. Kadang-kadang puak yang bertugas dan menolong adalah kerana mahu menonjolkan parti yang dianggotai. Aku pernah mendengar cerita seorang petugas banjir, Awi Tok Lebai yang memberitahu apabila lawatan Timbalan Perdana Menteri masa itu, Encik Ghafar Baba berakhir di pusat pemindahan banjir, mereka disuruh mengurangkan bekalan makanan yang telah di'pack' yang telah ditunjukkan kepada Ghafar Baba.


Aku terfikir, orang Umno ni, dengan pemimpin mereka sendiri pun mereka pelawok. Orang bawah tipu pemimpin, pemimpin tipu orang bawah. Tak habis-habis menipu...


Sampai sekarang cerita banjir menjadi modal politik untuk sesetengah orang. Itu lu punya pasallah nak jadi bangang. Kami yang kena pindah juga yang kena basuh rumah nanti. Almari baju dan kerusi meja kami juga yang rosak. Kami redha dengan ujian Allah. Anak beranak kami selamat dah kira syukur yang amat sangat.


Tahun ini, berkat kerjasama kami adik beradik yang pernah makan sardin 'tak ikhlas' dahulu, insyaAllah mak tak perlu lagi berpindah jika air naik. Jika ayah masih ada, dia tak perlu lagi 'menghina' diri memberitahu ada sepuluh mulut yang perlu dia suapi.


Rasa nak menangislah pulak......(11.34 mlam Hotel UiTM, Shah Alam).

6 comments:

  1. salam
    pesta banjir rasa nak buat terjun tiruk

    ReplyDelete
  2. b.r.u.t.a.l.s.o.l.o -->>

    terjun tiruk?
    adik bradik nyamuk tiruk ke?
    :D

    ReplyDelete
  3. banjir kat kedah pun ade yg nak dijadikn isu.. knonnya MB dan kerajaan negeri kedah xendahkan mgsa2 banjir..

    walhal dari hari pertama bnjir lagi diorg da turun padang..

    yang cap dacing tu turun pun dah smiggu lps kjadian.. boleh plak ckp kerajaan kedah xwat apa2..

    yang sek2 tu buleh la datang bawak cameraman, rekod sana, rekod sni.. blakon mcm2 wtak.

    yg rsa? yg btul2 mmbantu? xsmpat punya lah nk rakam2 tu. dtg rumah org, mgmpt tuan rumah plak. bkannya dijemput pun.

    ReplyDelete
  4. brutalsolo,

    banjir menjadi pesta bagi orang yang rumah mereka tak ditenggelami air...

    ReplyDelete
  5. puteri,
    dulu, kini, selamanya...macam tu la...

    ReplyDelete
  6. ai,
    tak paham la nape masih ramai yang tak paham..

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...