Friday, November 19, 2010

From Kelate To Tenganu - Versi Manusia


“Abe, dale kereta kita ada tikus....” Beritahu isteriku apabila dia melihat kesan najis dan air kencing tikus di dalam kereta.

Bila masa pulak tikus masuk dalam kereta? Mesti melalui tingkap yang terbuka semasa aku parking di bawah teduhan pokok jambu senawar di rumah Mak ketika balik kampong Jumaat dan Sabtu lepas.

“Haru ni...”Keluhku. Ye lah, dibuatnya tikus tu main kat kaki semasa aku tengah memandu, mahu terlepas setering kereta dibuatnya.

“Apalah abe nih takut ke tikus,” komplen isteriku.

“Bukan takut, geli la... Kalau tak, awak tu dah jadi isteri doctor.....” Jawab aku mempertahankan diri. Jawapan sama apabila dia komplen apabila aku geli pada katak.

Malam itu juga aku ke kedai mencari sesuatu untuk menangkap tikus.

1. Aku beli getah pelekat. Di labelnya gerenti tikus akan terlekat apabila terkena padanya. Esoknya, umpan habis. Tikusnya tak kelihatan. “Umno betul,” gerutuku. Aku namakan si tikus Umno kerana kelicikan makhluk perosak ini.

2. Malam kedua, aku tambah getah pelekat. Umpan kepala ikan kat tengah. Esoknya. Umpan tak terjamah. Dah lari ke Umno ni?

3. Isteriku menyelongkar dan membersih setiap ceruk di dalam kereta. Tak kelihatan kelibat si Umno. Pintu kereta dibiarkan terbuka, biar si Umno lari sendiri.

4. Esoknya masih ada kesan air kencing dan najis si Umno. “Soilek betul Umno nih!” Aku semacam dah hilang sabar.

5. Aku akan ke Shah Alam, macam mana aku nak drive jauh dengan si tikus Umno berada dalam kereta..... Sesuatu mesti dilakukan.

6. Aku beli penyembur herba penghalau tikus. Buka pintu, sembur penyembur smart ini, biarkan pintu terbuka 4-5 jam. Harap-harap si Umno keluar dengan sendiri.

7. Dalam perjalanan ke Shah Alam, aku sempat membeli racun tikus. Ye lah mana tahu kot-kot si Umno masih dalam kereta.

8. Aku campur racun dengan roti, letak bawah seat. Nahas kau Umno, jika kau masih tak nak mengalah...

9. Esoknya, roti licin, bayang Umno tak Nampak. Huiii....Pisang betul la Umno nih. Licik betul. Panjang umur betul. Makan racun pun tak apa-apa... Hebat!

10. Malamnya aku cuba lagi. Aku ambil kek dari Hotel Uitm, campur racun. Racun aku masukkan kaw-kaw.

11. Paginya, kek hotel licin disapu....Bayang Umno masih tak kelihatan. Licik hang Umno no....

12. Aku drive balik ke Kuala Terengganu membawa Umno bersama dalam kereta. Beg pakaian aku dah robek poketnya di gomol Umno. Sesampai di KT aku membeli roti gardenia untuk menjamu si Umno. Aku buat sandwich dengan racun....

13. Esok...Sandwich ada kesan gigitan, tapi Umno masih entah di mana. Aku dah rasa hilang sabar dengan si Umno. Sarung kerusi pun dah ada kesan gigitan si Umno. Cilakak betul Umno nih.... Menyusahkan orang!

14. Balik dari ofis, aku beli perangkap tikus. Aku namakannya PRU13.

15. Aku letak umpan kepala ikan dalam PRU13. Letak dalam kereta.

16. Esoknya.....Akhirnya Umno tewas dengan PRU13.

17. Aku minta isteri aku buang si Umno jauh-jauh (Aku kan geli kat tikus). Kot-kot dia datang balik kat kereta yang telah menjadi comfort zone nya selama ini jika dibuang berdekatan rumah.

18. Si Umno dibuang di belukar dekat paya di Kampung Kubang Ikan.

Selamat menjalani kehidupan seekor tikus yang normal, si tikus. Jangan menjadi Umno dalam hidup orang lain lagi.

Siapa nak pinjam PRU13, untuk menangkap makhluk perosak, aku masih menyimpannya.

3 comments:

  1. ha.ha...
    cikgu, 'soilek' tu apa?
    guane sebut?

    dop pahang ni cikgu..

    ReplyDelete
  2. 'soilek' adalah satu istilah baru yang di derive daripada chua soi lek yang bermaksud kedunguan dan kebodohan yang melampau dan nyata, tetapi empunya diri tak sedar diri nak mampos, asyik nampak salah orang lain. ia juga bermaksud sikap anti Islam yang cuba diselindungkan tetapi tak berjaya. contoh ayat,

    rais secara jelas memaparkan kesoilekkannya melalui kenyataannya di dalam siaran langsung tv1.

    ReplyDelete
  3. ooohh..
    patut la
    bdk yg den tny tu
    dy oyk

    : chua soi lek, mnteri

    ha.ha

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...