Thursday, March 8, 2012

Hebatnya Orang Kedah

Gambar hiasan
Dulu ada orang bercerita.

Sebenarnya Portugis datang ke Tanah Melayu, niat mereka nak serang Kedah dahulu kerana nak ambil padi beras. Namun, mereka terpaksa beralih ke Melaka.

"Kenapa?" tanya seseorang kehairanan.

"Kerana mengikut survey perisik Portugis, di Melaka hanya ada 5 Hang sahaja. Itupun dah cukup kuat. Kat Kedah ada beribu-ribu Hang. Itu yang Portugis takut..."

Ha ha ha... Kami sama-sama ketawa. Hebatnya orang Kedah.

Imam Abu Hanifah atau nama sebenarnya Nu'man Bin Tsabit Al-Kufiy adalah seorang imam besar yang kita semua kenali kerana beliau adalah salah seorang imam besar yang memilik mazhab.

Kerana kealiman dan kebijakannya, beliau pernah ditawarkan jawatan kadhi (hakim) oleh raja Marwan iaitu pemerintah Bani Umayyah di Kufah. Beliau menolak jawatan itu walaupun dipaksa dan diancam seksa oleh pemerintah. Beliau tetap menolak dan akhirnya beliau dihukum penjara dan dihukum cambuk sebanyak 110 kali (sehari 10 kali cambuk). Akhirnya beliau dibebaskan.

Sekali lagi semasa kerajaan Bani Abbasiyah, sekali lagi Imam Abu Hanifah ditawarkan jawatan kadhi oleh pemerintah ketika itu iaitu Abu Ja'far al-Manshur. Sekali lagi beliau menolak walaupun dipaksa. Sehinggakan beliau dipenjara dan diracun. Beliau wafat di dalam penjara. Al-Fatihah.

Di Kedah, khabarnya ada 2 orang exco yang enggan menerima perlantikan semula jawatan exco tersebut walaupun semacam dipaksa menerima jawatan tersebut. Akibat keengganan mereka, tidak pula mereka dicambuk atau dipenjara, tetapi gegerlah juga satu kerajaan negeri yang baru tumbuh bulu jagungnya. 'Pollen count' yang dikeluarkan oleh bulu jagung itu turut meng'allergic'kan ramai orang di seluruh negara.

Imam Hanafi enggan menjawat jawatan di bawah pemerintahan Bani Umayyah dan Abbasiyah kerana beliau ada alasan sendiri yang semestinya berkait rapat dengan pegangan Islam dan ilmu beliau berbanding dengan cara pemerintahan dan amalan khalifah semasa itu.

Di Kedah, YB Ir. dan YB Dr. ini juga pastinya ada alasan mereka sendiri, namun mereka ternyata hebat kerana tidak dihukum cambuk atau dipenjarakan malah bebas membuat press conference. 

Hang memang hebat!

5 comments:

  1. Dua-dua tak panjang sangat cerita sebab balik-balik bila ditanya diberi jawapan yg sama. Yg geger satu pihak macam nak tepuk tangan dan nak pancing kot boleh jadi katak melompat-lompat gitu...

    ReplyDelete
  2. Walaupon bodoh menteri Mong ada prinsip.. so kita boleh namakan bodoh mcm ni sbg bodoh mong.

    cth ayat "Kami tak tahu siapa yang lebih MONG; 2 exco atau MB"

    ReplyDelete
  3. Semoga semua yang terlibat berlapang dada memikirkan perkara yang lebih penting...

    ReplyDelete
  4. Semoga Kedah aman bahagia selalu dan murah rezeki.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...