Sunday, April 22, 2012

Bidaah Bola

Kejayaan MRSM dalam SPM adalah kerana pelajarnya bersedia rohani dan jasmani. Selain mutu pengajaran cikgu-cikgu yang bagus, jadual pembelajaran yang tip-top, pelajar juga diajar bahawa semua kejayaan datangnya daripada Allah.

Menjelang peperiksaan SPM 1989, setiap malam kami pelajar tingkatan 5 akan baca Yaasin di surau selepas Maghrib. Selepas baca Yaasin, kami berdoa beramai-ramai. Di hujung doa, ustaz akan berhenti sekitar seminit-dua untuk setiap pelajar berdoa sendiri apa yang dihajati sebelum ustaz menyambung semula doa sehingga habis.

Malam itu, Piala Malaysia ada perlawanan di antara Kelantan lawan Kuala Lumpur di Stadium Sultan Muhammad ke IV. Kuala Lumpur memang top tahun 1989 dengan pemain import dari Singapore K. Kannan  dan Malek Awab. Memang payahlah Kelantan nak tewaskan KL.

Jadi, malam itu semasa ustaz diam dalam doa, aku seperti biasa berdoa untuk lulus SPM dengan cemerlang, kemudian aku tambah sikit lagi doa supaya Kelantan menang malam tu lawan KL.

Pukul 10.30 malam, dapat result bola melalui radio, Kuala Lumpur 5 - Kelantan 1.....

5 comments:

  1. K. Kannan dan Malek Awab

    This is original!

    ReplyDelete
  2. hahaha...mmg fanatik...teringat semasa majlis aqiqah anak moksu...siap cilok bagai...

    ReplyDelete
  3. Nakal ye... org doa utk periksa Cikli sisip doa utk bola juga itu yg tak maqbul doa sisipannya... kalau Cikli tak doa agaknya S'pore yg kalah kot hihi....

    ReplyDelete
  4. banyak kali cuba nak faham kenapa ramai yang fanatik sgt ngan bola ni...sampai sekarang masih dalam tahap yang tak faham lagi hhahaha

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...