Wednesday, April 25, 2012

Dia Tak Pernah Dapat Tunggakan Gaji


Hari ini ramai orang terima gaji.
Hari ini ramai orang terima tunggakan gaji.

Seorang kawan bercerita semasa minum pagi tadi.

Semasa memandu bersama isteri di Kota Bharu, dia terlihat seorang lelaki bersama anaknya sedang mencari-cari sesuatu dalam sebuah tong sampah. Mendapat apa yang dihajati, si lelaki dan si anak terus berlalu pergi dengan sebuah motosikal usang.

Beberapa ketika kemudian, si kawan terserempak semula dengan lelaki dan anaknya. Si lelaki sedang membilang syiling di tangan lalu menyerahkan kepada si anak. Si anak membilang syiling sekali lagi dan terus ke gerai goreng pisang.

Si kawan terfikir, mungkin itulah pendapatan mereka hari itu hasil jualan barang-barang buangan orang lain. Air mata si kawan tidak terbendung lagi, begitu juga  si isteri.

Bagusnya nasib kita kerana ada gaji walaupun terpaksa menunggu.

20 comments:

  1. Mengajar diri bersyukur, bergantung atas diri sendiri yang mahu melihat dan akhirnya merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merasa yang diusahakan secara perit lebih manis dan berkat

      Delete
  2. apa ada didunia yang fana ini ? banyak yang mengejar material bak hidup berkekalan tapi lupa banyak lagi isu dunia & akhirat, artikal tuan bagus sekali ;)

    ReplyDelete
  3. errrkkkkk dah gaji eyh....nape tak dapat lagi ni..???eeerrrr

    ReplyDelete
  4. It was only one head

    ell at least somone take the initiative....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup penuh tanggungjawab yang berbeza-beza

      Delete
  5. salam kenal..hendaklah sentiasa bersyukur kerana kita masih lagi diberi kesihatan yg baik dan kudrat untuk mencari rezeki..dan bersyukurlah dgn rezeki yg dapat walaupun sedikit..

    ReplyDelete
  6. bersedekahlah sebahagian pndapatan kita utk org2 sebegini....sbhagian hrta kita juga hak mereka.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's the gist of this entry, cikgu. Cikgu memang mudah faham isihati anak murid.

      Delete
  7. rasanya duit yang mereka dapat itu , lagiiiiii berkat .....

    dari kita yg makan gaji
    (tapi kdg kdg byk perkara yang tak betul kita buat dalam waktu kerja) ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita dapat cover yang terkurang & terlebih tu kak agar rezeki kita berkat

      Delete
  8. Salam Tuan,
    Sedih cerita ini, boleh menginsafi ramai orang. Sekurang-kurangnya dapat kita termenung fikir tentang kehidupan ini. InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang bijak akan mengamabil pengajaran sentiasa

      Delete
  9. Yg makan gaji pun kutip barang buangan juga. Sy dan kakak sy pun pernah kutip tin-tin aluminium daripada tong sampah tetapi tidak sampai tahap memunggah sampah dlm tong itu. Juga pernah masuk longkang untuk mengambil tin-tin aluminium. Setiap pagi sblm ke pejabat singgah di tiga buah 7-Eleven untuk mengambil the Sun percuma. Apabila cukup haul, pergi ke Kedai Kitar Semula dan jual. Dapatlah RM5. Dalam tangan ada seringgit. Beli beras sekilo RM2.90 dan bakinya RM3.00 beli kangkung. Sesampainya di rumah mak sy siang kesemua kangkung tersebut tanpa mengetahui strategi kakak sy hendak masak 1/3 daripada kangkung dan selebihnya direndam dlm air. Kakak sy punya marah dan mak sy menangis. Sy pujuk mak sy lalu menanam kesemua akar kangkung. Sbnrnya apabila kangkung itu digoreng, tidak byk mana pun (rasanya article pasal kangkung pernah keluar dalam blog ini). Kakak sy mmg garang, kalau dia marah masa mak sy tengah makan, nasi dalam mulut mak sy akan terkeluar balik. Sy sedih sgt dan mengharapkan dapat hadiah utama al-awfar supaya dpt membawa emak berpindah ke rumah lain. Skrg kami tnggal di rumah kakak sy. Adatlah duduk rumah orang, tahan telinga dgr sumpah seranah, nk jawab nnti kena tidor bwh jambatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan Tho Ha... Semoga anda jadi seorang yang tabah dan berjasa kepada kepada ibu dan ayah.
      Semoga dapat al-awfar tu :)

      Delete
  10. Sabar Tho Ha. Hidup di dunia medan ujian. InsyaAllah tersembunyi hikmah pada setiap kejadian dan ujian. Usaha dan tawakkal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tuan. Sabar itu amat besar hikmahnya.

      Delete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...