Friday, May 11, 2012

Loji Petronas Kemalangan Lagi

Hari Rabu lepas, seawal 6 setengah pagi, aku sudah meluncur laju ke Selatan. Destinasi..... INTAN Kemaman. Ada seminar berkaitan pengurusan strategik di situ.

Lebih-kurang pukul 8 pagi, aku sampai di Paka. Tempat yang pernah aku diami sekejap dahulu semasa bekerja di sebuah tapak pembinaan loji pemprosesan gas.

Di antara Paka dan Kerteh, kereta dan motosikal berduyun-duyun banyak di atas jalan, pastinya menuju ke tempat kerja masing-masing. Kerteh memang menyediakan kerja kepada puluhan ribu orang di loji-loji oil & gas dan stesen janakuasa yang kedapatan di sana.

Sambil memandu aku melihat seorang hamba Allah yang sedang menunggang motosikal agak perlahan. Dia memakai coverall warna hijau tua. Di atas belakangnya tertulis ' Hyundai-PFCE'. Aku tertarik kerana PFCE itu adalah penaja utama team bolasepak Terengganu tahun ini disamping TOP-IT.

Semalam, ada kejadian sedih.... Kejadian letupan di satu loji pemprosesan gas di Kerteh. Khabarnya melibatkan pekerja kontraktor Hyundai-PFCE. Khabarnya juga seorang maut dan beberapa orang lagi cedera.

Harapan aku agar brader naik motor yang aku lihat pagi itu tidak terlibat di dalam musibah ini. Dan mudah-mudahan kesabaran jua hendaknya Allah anugerahkan kepada mangsa dan juga keluarga mangsa yang terlibat. Amin.

9 comments:

  1. Betul Cikli berita mengatakan satu terkorban dan 8 cedera (1 tu 90% melecur). Moga diberi kekuatan pada keluarga yg ditimpa musibah...

    ReplyDelete
  2. Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik dan berhemah. Doa untuk mereka semua dan kita juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berita yg x sedap didengar. Takziah pd keluarga2 mangsa.

      Delete
  3. semoga seluruh ahli keluarga mangsa tabah n sabar lalui ujian ini..baru bbrapa hari lalu kt situ....

    ReplyDelete
  4. Al Fatihah utk roh yg terkoban dan takziah kpd keluarganya.

    Semoga mereka yang terlibat dan juga keluarganya tabah.

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah...
    Moga roh ditempatkan di kalangan mereka yang beriman..Amin..

    ReplyDelete
  6. Innalillahi wainna ilaihi rajiun...

    p/s:
    Selamat pagi Cikgu! hehehe!

    ReplyDelete
  7. kesian sangat dengar berita sedih camni..semoga yg tercedera akan sembuh semula tapi risau takut ada kecatatan kekal & susah untuk meneruskan mencari rezeki..

    ReplyDelete
  8. ajal maot ditangan tuhan... al-fatihah

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...