Tuesday, August 19, 2008

Jika Aku Pemimpin Malaysia

Akupun nak join Peraduan Jika Aku Pemimpin Malaysia anjuran Blogikus. Last minute tahu, tu pun melalui tanah jajahan Tuan Sebol.

Jika aku pemimpin Malaysia, aku akan pastikan 4 perkara yang pernah aku dengar dari mulut Ustaz Fuad di Masjid Negeri Ipoh lama dahulu berjalan, iaitu;

1. Ulama’ yang berani kerana Allah
2. Penguasa dan pemimpin yang adil
3. Orang kaya yang dermawan
4. Orang miskin yang mendoakan.

Kita sentiasa berdoa untuk 4 perkara ini dengan merintih,…Ya Allah, jadikanlah negeri kami negeri beragama tempat istirehat orang-orang miskin dan memerlukan.

Untuk memastikan 4 perkara atau disebut 4 Sendi Negara ini berjalan, pertamanya, macam orang lain juga, macam Paklah juga, akupun akan isytihar perang terhadap rasuah besar-besaran. Sebab semua salah tadbir, salah laku, salah urus, salah guna apa-apapun yang terjadi hari ini adalah bahana rasuah. Bila tak ada rasuah, ulama’ akan berani menyatakan kebenaran, bila tak ada rasuah, pastinya penguasa akan mengatur pentadbiran dengan tulus dan harmoni, bila rasuah lenyap, orang kaya tak ada nafsu dan niat untuk membolot kekayaan, bahkan sedia berkongsi dengan orang lain. Bila indeks rasuah jadi kosong, nescaya rakyat akan mendoakan kebaikan untuk negara tanpa ada kata-kata nista dan beracun keluar dari mulut mereka.

Dalam konteks Malaysia, ekonomi orang Islam mesti diperkasa untuk memperkasa negara. Jadi sebagai pemimpin, aku akan mempergunakan tools yang Allah S.W.T. telah bagi lama dahulu untuk tujuan ini.

Satu, HALAL. Aku percaya jika konsep halal ini dieksploit betul-betul, orang Islam akan menjuarai banyak bidang muamalat. Halal bukan pada makanan saja, perbankan, insuran dan apa-apa lagi. Halal juga mengambil kira niat dan cara sesuatu benda dikendalikan. Halal juga bukan semata-mata cara orang bukan Islam nak meniaga makanan kepada orang Islam. Atau cara bank riba nak menarik sokongan orang Islam.

Dua, ZAKAT. Tidak perlu asnaf 8 pergi merayu-rayu dan isi borang di pejabat minta duit zakat. Kakitangan pejabat zakat yang perlu ronda satu negara cari asnaf 8 hingga tiada lagi orang yang layak menerimanya. Duit zakat bukan untuk dikumpul dan dibanggakan jumlah kutipannya tetapi diberikan kepada yang hak.

Tiga, WAKAF. Konsep wakaf dalam Islam cukup cantik. Ini akan diperkasakan untuk kepentingan rakyat dan orang yang mewakafkan.

Empat, KORBAN. Jika buat betul-betul, bukan orang kat Malaysia je yang dapat faedah, tapi kat Darfur, Kemboja, Thailand, mana-mana je le. Pernah terfikir ke tuan-tuan kenapa daging korban tak boleh diberi kepada orang bukan Islam, walaupun jiran kamcing sebelah rumah! Adakah Islam tak mengira kedudukan rakyat berbilang agama? Sebab itulah kita perlu tahu apa yang boleh dikongsi dan apa yang tidak.

Pasal lain-lain polisi, jabatan banyak, menteri ramai, cendekiawan ramai, bijak pandai melambak, pengkritik berderet, blogger bertimbun, depa pakat-pakat la pikir sendiri. Pokoknya pemimpin pun hujung jatuhnya mau masuk syurga macam rakyat juga.

MERDEKA! ALLAHUAKBAR!

2 comments:

  1. kena maklumkan kat blogikus, kang tak tersenarai pula

    ReplyDelete
  2. tinggal msj di ruang komen asyik tak thru je.

    tp dah email dah...

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...