Saturday, April 4, 2009

Tajuk Khutbah Jumaat Masjid Negara

Assalamualaikum,

Kami di Kota Kinabalu sembahyang Jumaat masuk waktunya awal sejam. Jadi semasa dalam kereta menghantar Salsabila ke sekolah sempatlah aku mendengar siaran langsung dari Masjid Negara. Mereka memperkatakan tentang tajuk khutbah pada 3/4/2009 iaitu,

“Kepimpinan adalah tanggungjawab bukan satu keistimewaan”

Bagiku satu tajuk yang amat bagus untuk renungan semua bermula dari Agung, PM, MB, Ahmad Said Hamdan, KPN, Ketua Jabatan, JKKK, Guru Besar, Ketua Pandu Puteri dan semua yang lain.

Cuma aku agak tertanya-tanya tentang beberapa takrif,

1. Kepimpinan
2. Pemimpin
3. Pimpinan

Bagi aku yang sudah terlimpas dengan PPSMI ini, kepimpinan adalah gaya dan cara pemerintahan seseorang. Kepimpinan tidak pernah sama antara seseorang dengan seseorang. Gaya kepimpinan Umar R.A mungkin lebih tegas daripada kepimpinan Usman R.A yang amat santun. Tetapi mereka semua betul sebetulnya dan memenuhi kehendak Allah S.W.T dalam memimpin.

Media selalu melagakan kepimpinan Nik Aziz, Hj. Hadi dan Almarhum Fadhil Noor. Seorang dikatakan lembut, seorang dikatakan keras dan ekstrem dan seorang dikatakan liberal. Padahal bila ada saja desas-desus kerjasama dengan Umno, yang dikatakan lembut inilah yang mula-mula sekali tak bersetuju. Nampak sangat media pengampu ni tak buat homework dan berniat serong.

Bukan kepimpinan itu yang menjadi tanggungjawab, tetapi MERUBAH gaya kepimpinan sekular dan korup kepada Islamik adalah tanggungjawabnya.

Bagi aku kepimpinan memang suatu keistimewaan. Kepimpinan Nik Aziz memang keistimewaan Tok Guru bertubuh kecil ini. Kepimpinan Hj. Hadi memang kehebatan dan keistimewaan anak kebanggaan Rusila ini. Kepimpinan Ahmadinejad sememangnya keistimewaan seorang Farsi ini.

Keistimewaan ini berlaku kerana masing-masing sedar akan tanggungjawab jawatannya!

Aku rasa tajuk khutbah Masjid Negara semalam sepatutnya bunyi plain macam ni aje,

“Jawatan adalah tanggungjawab bukan satu keistimewaan”

Apapun eloklah daripada di Tanjung Aru yang panjang lebar berkhutbah pasal air..... makmum pun banyak yang sudah meleleh.

Apa agaknya isi khutbah di Bukit Gantang ye?

3 comments:

  1. ***Assalamualaikum !
    SAYA tumbang menyumbang sejebis pendapat :

    Pandangan ini supaya semua penulis dan pembca dapat kembali kepada dasar
    Apa yang dikemukakan di atas adalah bahan yang baik .

    Keadaan politik dan ekonomi kian meruncing. Sebahagian orang daripada apa yang diberita dan diceritakan oleh media massa, terutama Utusan, Berita Harian, NST, Star dan TV sudah lebih bercakap keluar dari perasaan. Bukan asas dan dasar yang perlu dibincangkan.

    Dalam hal ini bagi kami perlu bagi penulis, wartawan dan orang "politik" mendasarkan pandangan : Raja dan Perlembagaan : Adat resam termasuk akhlak yang menjaga maruah dengan tata susila mulia iaitu yang selaras dengan ajaran agama iaitu pada Quran, Hadith, Ijma Ulama (jama'), bukan pendapat seorang diri (alim) dan qias.
    Mesyuarah yang baik bukannya ikut "majoriti" yang tidak mengerti.

    Bahawa HAQ itu adalah dari Allah. dan apa yang palsu akhirnya hancur lebur. Lihat Al-Quran : surah Al-Baqarah ayat 137 ; Al-Imran 60 : Yunus 94 ; Al-israa 81 dan beberapa ayat dalam surah lain.

    KEMBALILAH KEPADA LANDASAN YANG HAQ DAN BUKAN YANG BATHIL. Sekian. Maaf. ~Aq ~23/02/09.

    ReplyDelete
  2. Maaf kesilapan tarikh, ejaan dan ayat di atas.

    TAMBAHAN : apabila penulis menyentuh PPSMI. Saya terasa bahawa projek itu lebih merupaka "paksaan". Ia terbit dari rasa Dr Mahathir dan pengikut yang tidak tahu mengenai pendidikan, falsafah dan "mehtodology".

    Bamnyak boleh di disemak kelemahan mereka. Di sini sila lihat Al_quran surah Ibrahim ayat: 04 yang menyebut keberkesanannya bahasa ibunda atau masyarakat setempat memahami risalah yang di bawakan oleh para nabi. Baca tafsir dan pendapat ulama "kitab kuning"...

    Baca seterusnya pendapat ilmiah di Laman Prihatin. Sekian ~Aq~ 04 April, 2009.

    ReplyDelete
  3. anon,

    terima kasih atas pandangan dan peringatan

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...