Sampai di Keroh, kereta berderet beratur. Orang pun ramai di kiri-kanan jalan. Rupanya ada eksiden di hadapan. Dalam kesamaran pukul 11 malam, aku dapat melihat sebuah motor terbaring di sebelah seekor lembu yang juga terbaring di tengah-tengah jalan.
Apakah nasib penunggang motosikal tidak dapat aku pastikan. Melihatkan keadaan motosikalnya, aku hanya berharap yang baik-baik kepadanya. Semoga dia selamat.
Siapa pun tuan lembu itu, dia mestilah bertanggungjawab. Orang lain bela lembu, kita pun nak bela lembu. Orang lain tambat lembu, kita main lepas begitu sahaja. Kepada penternak lembu (termasuk kerbau dan kambing!) tolong jaga lembu anda. Pastikan anda mengurung lembu anda hatta di dalam kondo sekalipun.
haha.sewa kondo untuk bela lembu.nice one.
ReplyDeleteMEMIMPIN MELALUI TELADAN SYABAS SHAHRIZAT,SELAMAT LEMBU-LEMBU TUU ;)
ReplyDeletedalam maksud yg tersirat ni....
ReplyDeletekesian pada org yg terlanggar lembu tu dan kesian juga pada lembu yg tampa sengaja dilanggar..
Org bela lembu tak payah tengok lembu pun ada kan Cikli. Berjuta-juta RM masuk. Rakyat marhaen sibuk nak selak kain buat apa? Tak terkesan pun.
ReplyDeleteIni baru seekor-dua lembu mungkin kena dakwa sebab dah buat penunggang motor kemalangan...
Kondo untuk tuan lembu
ReplyDeleteJangan samakan lembu dgn tuan lembu.
memang tahap tinggi mewah sapa yang bela lembu dalam kondo.
ReplyDeleteAWAS! lembu melintas...
ReplyDeletegua mamu gelak je...
ReplyDeletehaha
Lembu tetap lembu, kita yang diberi akal ni pandai-pandailah jaga lembu supaya tidak menyusahkan orang lain/
ReplyDelete