Friday, December 2, 2011

Penangan A. Mamud

Sumber: Google
Aku sedang menemuduga seorang calon yang agak berumur. Boring bertanya tentang hal-hal teknikal, aku beralih kepada kad pengenalannya. Alamatnya di Dungun.

"Kenal Fatah?" aku bertanya.

Dia terkesima sekejap. Mungkin dia tertanya-tanya, soalan apa ni wei..

"Fatah lagak A. Mamud tu..." Aku menjelaskan.

"Ooo... Kenal. Kan adik komposer Manan Ngah tu," si calon menjawab.

"Oooooo...." Kali ni aku pulak yang ooooooo. Memang keluarga seniman Fatah ni.

Aku terus bertanya fasal A. Mamud, Jenab, Bukit Besi, Dungun, vespa. Minyak rambut Zam Zam tak ingat pula aku nak tanya. Lama juga kami berborak fasal Fatah dan A. Mamud. Si calon pulak layan la, apa lagi. Hilang gementar dia sikit.

Perbualan kami melarat ke Gila-Gila, Rasyid Asmawi, Pak Jab, Jaafar Taib dan semestinya paling istimewa kartunis Ujang. Dia setuju bila aku katakan Ujang lah yang merubah lanskap perkartunan di Malaysia (Mestilah dia setuju sebab dia sedang diinterview). Kalau aku tanya fasal Gedek! @ Ustaz Dek  dan Abah Aman Kerastangan mungkin dia pun tahu.

"Watak A. Mamud naik vespa pergi kerja Bukit Besi tu cerita betul kan? Encik tahu pasal tu?" Aku bertanya lagi.

"Rasanya watak tu ayah Fatah sendiri tu," dia menjawab konfiden.

Ooooo..... Aku oooooo lagi. Banyak maklumat aku dapat hari ini.

"Oklah encik. Kalu tak ada apa-apa lagi, encik tunggu di luar sekejap. Nanti kami bagitahu keputusan temuduga ni sekejap lagi," aku mengakhiri sesi temuduga dan bersalam dengan si calon. Sekarang tangannya dah macam mamalia sikit. Masa masuk tadi, macam amfibia sejuk telapak tangannya.

Dah borak sampai ke Bukit Besi, mestilah kena kasi lulus kan.... Memang dia deserve untuk lulus pun, otai ni. In fact, keempat-empat calon hari tu, semuanya lulus. Dapatlah elaun lebih sikit depa semua harapnya.... Tahniah.

Macam tinggal dalam poskad (Modify kata-kata Fatah)


19 comments:

  1. Bro! "Macam tinggal dalam poskad" tu epic tu, bro!

    haha!

    (ridu fatah, weh!)

    ReplyDelete
  2. perrghhh...betul2 kenangan ni...
    tingat dulu penah ngorat BOY PJ, kartunis paling ensem (konon) kat majalah Gila2..haha..

    ReplyDelete
  3. perghh..!!cerita pasal kartunis otai semua ni buat aku terkenang zaman kegemilangan Gila-Gila.

    diorang semua bagi aku adalah legenda perkartunisan negara.

    ReplyDelete
  4. gedek! - lu are part of it. jom group hug...

    ReplyDelete
  5. suterazen- boy pj paling ensem ye... ciklee manjalong macam mana?
    dapat ke tidak?

    ReplyDelete
  6. pena marhaen - setuju sangat tu bro. mereka semua legend (bukan muka legend!)

    ReplyDelete
  7. part cerita monyet atas hendal basikal yang hampir terjatuh kerana tersilau kilatan jambul a. mamud dek zamzam hair oil memang tak boleh blah.
    cilau, cilau kata si monyet sambil memekup mata.

    ReplyDelete
  8. jgn tak tahu akak penah hantar karya lawak kat gila-gila dn diterbitkan tau..hehehe..tu zaman belasan tahun dulu..

    ReplyDelete
  9. nyanyisunyi - terbaiklah. hehe my first cheque pun dari gila-gila RM16.00 sebab karya tersiar. bangga betul.

    ReplyDelete
  10. aku juga membesar dengan gila-gila.pernah sekali aku hantar surat pada gila-gila dalam awal tahun 2002.aku nyatakan yang gila-gila sudah 'tenggelam'.

    ReplyDelete
  11. ghost writer - lu berani dan benar.

    ReplyDelete
  12. trkenang zaman kegemilangan gila-gila....seronok layan masa sedang stress belajar.....

    ReplyDelete
  13. Salam Bro,terkenang dan banyak kenangan saya masa tu...bila terkenang sayu dan sedih juga rasanya...

    ReplyDelete
  14. Tahniah sebab blog ni dah semakin cantik dan kemas...

    ReplyDelete
  15. Cikli,
    Ingat lagi dulu simpan duit belanja sekolah beli gila-gila.. watak A.Mamud ngan vespa tu memang faveret.. he he

    ReplyDelete
  16. rasa tak puas baca gila-gila zaman budak2, tak cukup duit... :)
    Cikli, masa kat U dulu, saya sampai lepak kat lantai library bila terjumpa rak majalah gila-gila yang dijilidkan... tempat wajib.

    ReplyDelete
  17. suka buku gila2 dulu hehehe :D


    http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/bug-weta-worlds-biggest-insect-found.html

    ReplyDelete
  18. CikLi,

    Mungkin terlambat sikit respon pada N3 CikLi ni. Fatah ni abangnya berkahwin dengan sepupu kak ani. Fatah pula sama sekolah dengan akak sehingga form 5 cuma kelas berlainan.

    Vespa tu tak boleh pegi ke Bukit Besi sebab masa tu mana ada jalan elok dari Dungun ke Bukit Besi. Dia naik vespa dengan Jenab tu (khayalan saja) hanya ke Teluk Lipat, pantai yang akak selalu masukkan dalam blog akak tu.

    Sekarang Fatah sedang uzur kerana ada ketumbuhan di kepala. Doakan dia sihat.

    ReplyDelete
  19. terima kasih kak kunang-kunang atas info. kak dah sihat ke?

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...