Dari Blog CASLIGAS
Musim Persekolahan Bermula : Ekonomik Atau Ergonomik
Musim persekolahan hampir bermula. Ibubapa paling sibuk menyediakan persiapan persekolahan untuk anak-anak tersayang. Baju, seluar, kasut, setokin, beg, alatulis dll.
Masa inilah ramai ibubapa yang termenung mikirin keadaan ekonomi masing-masing. Walaubagaimanapun, demi masa depan anak-anak kita, jangan hanya mikirin hal-hal ekonomik, mikirin juga hal ergonomik.
Buat yang belum tahu, ergonomik ialah bagaimana kita sesuaikan sesuatu tugas atau keadaan dengan keupayaan atau kebolehan seseorang.
Sebenarnya saya mahu ceritakan mengenai beg sekolah anak-anak kita. Kalau tahun lepas, anak kita mahukan beg sekolah Ben10, tahun ini dia mungkin mahukan beg sekolah Angry Birds pula. Walhal beg Ben10 itu masih elok dan boleh dipakai lagi. Inilah keadaan yang umumnya tidak ekonomik bagi kita.
Ben10 atau Angry Birds, sebenarnya yang lebih penting ialah, adakah ianya ergonomik untuk anak-anak kita? Memang dari segi design, beg-beg ini tiada masalah, tetapi apabila telah diisi dengan buku-buku, adakah ianya masih ergonomik?
Berapakah berat yang digalas oleh anak-anak kita untuk ke sekolah sehari-hari? Sesuaikah berat beg tersebut dengan fizikal dan keupayaan mereka? Apalagi ada anak-anak yang terpaksa mendaki tangga sekolah sehingga ke tingkat 3.
Apakah kesan beg yang berat kepada anak-anak kita?
Di dalam satu kajian online ke atas chiropractors yang dijalankan di Amerika oleh www.backpacksafe.com mendapati 89% chiropractors telah merawat pesakit (umur 5-18 tahun) yang mengalami sakit belakang, leher atau bahu disebabkan oleh beg galas yang berat.
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Universiti Malaya, berat beg yang sesuai untuk anak-anak sekolah di bawah 12 tahun ialah 15% daripada berat badan mereka. Oleh itu berat beg yang sesuai untuk anak-anak sekolah rendah yang rata-ratanya hanya seberat 30kg adalah 4.5 kg sahaja.
Yakinlah bahawa peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya” tidak sekali-kali bermaksud merosakkan postur anak-anak kita yang masih fleksibel dengan beg yang berat.
.
Nota :
Chiropractor adalah seorang profesional berlesen yang mengkhususkan sistem saraf dan dalam keselarasan dan manipulasi tulang belakang.
Bacaan tambahan:
boleh jadi saya bongkong sekarang kerana beg terlalu berat pada zaman sekolah dahulu
ReplyDeletegua memang ada sakit belakang....
ReplyDeletesemakin ergonomik semakin tak ekonomik biasanya~~~
ReplyDeleteLAGI NAK KURANGKAN BERAT BUKU DAN YANG LAIN LAGI BERAT DIGALAS DAA ! SISTEM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TERBAIK !
ReplyDeleteAgaknya mungkin tak nk beban urat2..tulang belakang..yg buat sesetengah pelajar ada yg 'melenggang mak limah' ke sekolah tuuu...aduhai...
ReplyDelete:)
KAJIAN DEMI KAJIAN dibuat ttp xselesai2 masalah ni. mangsanya anak2. kesian tgkkan mrk trpaksa menapak memikul buku2 seberat seguni beras tu....
ReplyDeleteSalam Tuan,
ReplyDeleteMemang agak membebankan ibubapa yang susah dan berada di bawah paras kemiskinan untuk menyediakan pelbagai kelengkapan sekolah anak-anak. Mereka pasti dileme dengan pelbagai rasa itu ini dan itu ini.
Masalah ini wujud saya ingat dah bertahun-tahun lamanya, tapi tak ada penyelesaian...he heh. Sebab tu ramai jugak yg dah berubah hantar anak kat sekolah tahfiz...beg ringan je, tapi ilmu padat.
ReplyDelete