Thursday, November 29, 2012

Aku Lihat, Kau pun Lihat

Berpinar mata Amri akibat menatap skrin komputer sedari pagi tadi. Otaknya rasa bergelumut. Pergelangan tangan Amri juga sudah sakit-sakit akibat asyik tertekan pada tepi meja yang tajam.

Hoi...Penatnya. Rungut Amri. Dahlah penat sejuk pulak. Baju Kot yang dipakai ternyata tidak dapat melawan temperature aircond dalam pejabat itu. 

Amri lantas ke pantry, dibancuh nescafe segelas. Semerbak aroma menusuk ke hidung. Cukup menyegarkan.

Habis report ni, ada satu report lagi yang perlu disiapkah. Ah! Bahan ceramah untuk lusa pun belum buat apa-apa lagi. Amri berkira-kira dalam kepala.

Sambil perlahan-lahan meneguk nescafe panas, Amri menerawang jauh melihat Bandaraya Kuala Terengganu melalui tingkap kaca bilik pejabatnya. 

Ah! Senangnya jika berada di luar pada masa sekarang, jauh dari kesejukan pejabat ini serta kertas-kertas dan fail-fail yang menyerabukkan. Namun apakan daya, dua-tiga laporan perlu disiapkan segera. Orang makan gaji beginilah. Aku yang menurut perintah. Fikir Amri.


"Beruntungnya mereka yang berada di luar sana...." Terbit kata-kata dari mulut Amri yang berbau biji kopi sambil matanya melihat jalan-jalan di tengah Bandaraya Kuala Terengganu dari tingkap pejabatnya di Wisma Darul Iman yang merupakan di antara lokasi tertinggi di bandaraya pesisir air itu.


******************

Azman menyeka peluh di dahi. Panas betul cuaca hari ini. Syukurlah. Sudah 4 hari kerjanya tergendala kerana hari hujan. Hanya hari ini Azman dapat menyambung kerja kembali bersama 3 orang lagi pekerjanya.

Azman menggunakan kepakaran dan daya kreativitinya dalam kerja-kerja lanskap di bandaraya Kuala Terengganu. Hari ini Azman dan pekerjanya cuba menyiapkan kerja-kerja menanam pokok-pokok bunga di tengah 'roundabout' Ladang.

Sesekali Azman terbatuk dek habuk dan asap-asap kenderaan yang tidak putus-putus datang dan pergi. Laju, bising, asap, panas.....

Azman mendongak ke atas. Matanya tertumpu ke Wisma Darul Iman. Huh! Bestnya kerja pejabat dalam aircond, fikir Amri. Tak payah pegang cangkul dan tanah baja. Hari-hari main kertas dan fail sahaja.

Kerja sendiri macam inilah, tak bergerak, tak makan! Detik hati Azman.

5 comments:

  1. Lumrah kehidupan. Selalu merasa org lain lebih beruntung.

    Maksudnya...

    Bersyukurlah masih ada peluang mencari rezeki.

    ReplyDelete
  2. bersyukur lah apa yang ada dan termampu, rezqi dimana2..

    ReplyDelete
  3. Seronoknya jadi orang dewasa. Pagi-pagi pegi menoreh, lepas tu lepak kedai kopi sampai tengahari. Balik rumah lepas makan tengahari menyandar dinding korek gigi je.
    Petang tidor tak pun ke kedai kopi. Tak payah buat homework.

    Sedangkan saya kena pegi sekolah. Ustaz udahle garang. Petang mengaji dengan ustaz yang tak kurang garangnya. Lepas tu kena siapkan homework. Seronoknya kalau jadi orang dewasa.

    Sekarang ....... saya telah kehilangan zaman kanak-kanak saya. Setelah dewasa baru tahu cabaran hidup sebagai orang dewasa. Tapi masa takkan berulang kembali. Apa yang saya buat ialah apabila ada majlis-majlis, saya akan tibai aiskrim dua tiga empat lima kali dengan harapan dapat menikmati keseronokan menjadi kanak-kanak. Hu Hu Hu

    ReplyDelete
  4. Betulla Cikli.
    Tengok org lain rasa diorg beruntung, tapi diorg pun rasa mcm tu bila tengok org lain plak.

    ReplyDelete
  5. Sebab itu Ustaz pesan kena selalu bersyukur. Syukur ini kena 24jam sehari semalam kerana nikmat Allah terlalu banyak. Tiada yg aku punya semua Allah punya. Jangan mengeluh lagi. Tapi bersyukur sokmo.Kerja tengah panas ada nikmat tersendiri walaupun panas, badan pun lebih sihat. Kerja dlm ekon pun ada nikmat tersendiri tapi mungkin mudah kena penyakit. Wallahu'alam.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...