Wednesday, December 3, 2008

Perjanjian Pangkor



Saya ke Pangkor kerana program ala team building. Di sana kami 59 orang diberikan jadual yang agak ketat.
.
Bermula jam 5 pagi lebih-lebih, kami sudah berada dalam queue untuk ke tandas. Maklumlah saya bersama 8 orang lagi di tempatkan di dalam satu chalet 20' x 16' yang penuh dengan katil double deckers. Tandasnya ada satu, itulah yang kena beratur tu.
.
Jadi, mandi ala bujang lapok aje. Sekadar basah sikit-sikit jadi la. Yang agak menjadi masalah ialah ketiadaan cermin muka. Agak susah juga nak budget cukur misai. Siapa-siapa yang jenis trim misai tu kira nasib la. Pandai-pandai la budget. Rupa-rupanya cermin muka menjadi begitu penting untuk orang lelaki.
.
Ada yang pergi cari motosikal orang untuk tumpang side mirror. Ada yang minta tolong kawan yang cerah masa depan....tapi tak jalan da. Ada yang terus biar misai, janggut, minggut, jambang tumbuh sesuka hati. Seminggu je. Sabar je la.
.
Program yang diatur ada bermacam dan pelbagai. Tazkirah, ceramah, senaman, ujian kecergasan fizikal, peperiksaan mengejut, kembara minda, kembara solo, kembara rimba, kembara si buta, explorace, public speaking dan juga berkayak yang hampir-hampir menyebabkan kami datang 59 orang, balik 50 orang.
.
Selepas menempuhi semua program, saya sedar betapa cermin muka yang kami perlukan selama 5-6 hari rupanya tiada apa-apa sebenarnya. Saya menemui cermin yang lebih baik iaitu cermin diri!
.
Pelbagai program yang ditempuhi telah menyedarkan saya di mana duduk dan setakat mana kemampuan saya. Sejauh mana yang telah saya pergi dan jauh mana yang saya boleh pergi sebenarnya.
.
Apa yang saya telah lakukan untuk kebaikan diri sendiri terutama untuk akhirat. Apalagi untuk kebaikan keluarga dan masyarakat dan negara. Bersediakah saya untuk mati esok..... Dan macam-macam lagi yang tersingkap apabila cermin diri ditilik.
.
Bermula di Pangkor, saya perlahan-lahan membuat perjanjian dengan diri saya sendiri untuk memulakan suatu penghijrahan dalam hidup.
.

Semoga istiqomah. Allahu akbar!
.

3 comments:

  1. dah nampak penghijrahan yang pertama, blog dah berwajah baru..semakin mantap, seronok dibaca dan banyak pengajaran disebalik cerita..tahniah.

    Kamal Melaka

    ReplyDelete
  2. salam mal,

    pong ayohdo nampak?

    anak dah besar?

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...