Sunday, December 21, 2008

Sehari di Pusat Servis Perodua


Jika anak-anak disuruh menulis karangan ‘sehari di Kota Kinabalu’, sudah pasti mereka akan menceritakan keseronokan, kesukaan, kegirangan seharian mereka menghabiskan masa di bandaraya yang sebahagian tanahnya ditebusguna ini.

Bagaimanapun yang saya maksudkan dengan ‘sehari di Pusat Servis Perodua’ ialah bagaimana lembab dan siputnya khidmat yang disediakan sehingga memaksa kebanyakan pelanggan termasuk saya menghabiskan masa separuh hari hanya untuk menukar minyak hitam dan menambah air bateri. Memalukan.

Lebih menjengkelkan apabila Pusat Servis Perodua sentiasa geger gempita dengan cakap besar ‘ your car get serviced in 1 hour or it’s free’. Semua orang faham janji ini hanya untuk ‘superservis pakages’ (baca: potong leher dan syarat-syarat mengarut) sahaja. Tetapi takkanlah servis biasa dilarutkan sehingga 4-5 jam?

Saya sarankan Perodua memulakan servis lokomotif dan kapal selam supaya pelanggan tak sakit hati walaupun terpaksa menunggu selama 2 kali pilihanraya. Hantar zaman BN, ambil zaman PR!

Biarkan Perodua kekal nombor dua sebagaimana namanya. Their choice!


.

4 comments:

  1. Baca artikel saya "Masuk Bakul Angkat Sendiri"

    ReplyDelete
  2. Proton, EON, Perodua, Airasia... bla... bla... sampai ke amenu. Semua dpt dgn mudah tanpa usaha setitik peluh. Jawabnya semua mcm KAYU!

    CankerSaurus

    ReplyDelete
  3. Welcome to world of Monopoly...
    Kuasa ditangan mereka.
    Mereka set the rules
    Kita ibarat lembu kena cucuk hidung.,

    ReplyDelete
  4. Li...sebab tu la aku tak servis di perodua atau proton...(kecuali servis 1&2) memang paling cepat 2 jam tu pun keno boking dulu. Elok ekau pegi kat bengkel biasa bah! Lagi muroh! Sabarla..aku poooon.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...