Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
La ilaha illallah Allahu akbar
Allahu akbar wa lillahilhamd
Salam Aidil Adha semua dari saya sekeluarga di perantauan ini.
Saya sering diajukan soalan,
"Betul ke raya haji lebih meriah daripada raya puasa di Kelantan?"
Bagi saya ini satu lagi salah tanggapan terhadap Kelantan, walaupun positif. Kalau saya jawab soalan di atas, saya kata,
"Tak betul. Tapi jauh lebih meriah daripada ianya disambut di negeri lain"
Seingat saya sejak kecil beraya di Kelantan tak pernah pula sambutan Raya Haji lagi meriah. Macam juga di negeri lain, Raya Puasa mesti lagi meriah. Yalah, orang dah sebulan berpuasa. Macam dapat upah la hari tu. Mestilah meriah.
Lagipun, kebaikan dan ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan masih ada pada diri masing-masing. Jadi budak-budak pun dapat duit raya lebih. Raya haji tak ramai orang bagi duit raya. Memang masa kecil dulu kalau Raya Puasa dapat duit raya RM8.50, Raya Haji nak dapat RM3.00 pun payah.
Yang lebihnya, Raya Haji takbir sampai hari tasyrik yang ke 3. Hari Raya Puasa, habis sembahyang sunat raya, habislah takbir.
Tapi apa yang menjadikan Raya Haji meriah di Kelantan? Walaupun tak semeriah Raya Puasa?
Satu. Korban dah jadi macam satu kemestian bagi yang berkemampuan di Kelantan. Yang kurang mampu pun, pulun simpan duit untuk korban. Dapat lembu kurus RM190.00 sebahagian pun jadi la. Janji ikhlas lillahi taala.
.
Korban pulak bukan dibuat di masjid dan surau saja. Di merata-rata tempat, asal ada ladang sawit mesti ada orang sembelih korban. Asal ada korban je mesti ada ladang sawit.
.
Lepas korban, daging korban dibahagikan dan disedekahkan. Aku bagi kau, kau bagi aku, dia bagi kau, kau bagi dia, aku bagi dia, dia bagi kita. Itu yang meriah tu.
Sesetengah tempat macam di Perak, pengalaman saya, korban dibuat kat surau. Lepas tu macam ada kupon untuk ambil daging korban. Entah, saya tak biasa dan tak tahu. Tak boleh la nak ulas, salah ulas nanti marah mike-mike sume kat teman.
Dalam satu famili kadang-kadang sampai 7-8 orang ambil bahagian. Abang yang kerja kat Johor ambil 2 bahagian untuk akikah anak bongsu dan isterinya, adik yang baru kerja kat KL ambil satu bahagian untuk dirinya, mak ambil satu bahagian, kakak tengah ambil satu, abang chik ambil satu, bla..bla..bla...
Dua. Orang Kelantan majoritinya balik kampung time tu. Bila-bila pun kalau dah ramai, semua berkumpul, pasti meriah beb. Hari birthday raja Nepal pun kalau kita ramai-ramai berkumpul, balik kampung, pasti meriah.
Orang Kelantan ni jenis 'perumah' iaitu tak boleh jauh dari mak bapak. Hinggakan ada orang samakan orang Kelantan dengan beruk tali pendek(kurang ajar nih..). Dia kata takleh pegi jauh dari tiang atau pokok.
Yang jadi masalahnya, walaupun 'perumah' orang Kelantanlah yang selalu kena hantar kerja jauh-jauh. Mungkin sebab expertise, mungkin sebab politik, mungkin sebab pentadbiran, mungkin sebab prejudis, mungkin sebab pilih kasih.
Di SK Jeroco yang lipas pun tak nak pergi, ada cikgu orang Kelantan. Di SK Pulau Banggi yang lanun Mindanau pun menyampah nak pergi, ada orang Salor, Kelantan jadi cikgu di sana.
Tapi cikgu-cikgu tadi, dan lain-lain orang Kelantan tadi. Tak kira jauh dekat, local ke, luar ke, bila cuti je. Mesti mau....mesti mau balik. Apa lagi cuti 2 hari, top up sana-sini, tampung sana-sini boleh jadi seminggu. Balik kampung....meriah la.
Mak pulak, anak dah balik. Apalagi yang duduk Pulau Banggi Sabah, mestilah sambut giler-giler punya. Apalagi time raya, korban lagi, jumpa kawan lagi, meriah la. Yang penting balik. Kalau tak balik macam mana nak meriah. Korban unta lima belas ekor pun kalau anak negeri di perantauan tak balik, mana meriah nye.

Tiga. Kelantan cuti Raya Haji 2 hari. Ini peranan pemerintah la pulak. Kenapa orang Cina dok pulun minta cuti 2 hari untuk Tahun Baru Cina? Salah satunya kerana nak kasi meriah la. Boleh balik kampung, boleh cuti, boleh berziarah, boleh bersantai.
Jadi saya setujulah kalau orang kata Raya Haji kat Kelantan Meriah. Tak perlu nak kongsi dengan deparaya, xong xi raya, christraya, tak perlu konsert amal, tak perlu konsert Jamal, tetap meriah on its own.

Tapi barang diingat, kat Mekah lagi meriah. Kenapa agaknya? Ya, kerana ianya dibuat semata-mata atas niat ibadah, kerana Allah.
Kat mana-mana dan apa-apapun, jika kita niat ibadah lillahi taala, insyaAllah meriah.
Lain kali kalau orang tanya anda,
"Awat raya aji di Kelantan meriah lebih daripada raya posa?"
Anta tanya la dia balik,
"Hang balik kampung tak raya haji ni?"
Kalau dia tak balik, suruhlah dia balik. Meriahkan hari raya mak, bapak, grandpa dan grandma dia dulu.
Maaf Zahir Batin.

Allahu akbar. Walillahilhamd.
.
Mungkin orang Kelantan, memang dalam jiwanya merantau, kerana susur galur sejarah nenek moyang? Teka sahaja.
ReplyDeleteTapi tahun depan kalu suami isteri kerja gomen di Sabah dan Sarawak, ada can kelik Kelantan 4 kali setahun. Sorang dapat 2 kali perjalanan balik ke Semenanjung free.
Apa lagi, leh kelik sokmo.
asal,
ReplyDeletepembetulan. kalau suami isteri kerja. boleh balik 2 kali setahun. sekali setahun sorang. ok la tu. yang dok kl pon belum tentu balik 4 tahun sekali.
merantau tapi perumah.
Tapi ekau ni balik ke dak..sedap dok cite pasal balik kampung!!! Aku buat karbon di labok. Tengah semelih...boooo...hujan..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Haji ...
salam bex,
ReplyDeleteyou got me dude. btw aku dah balik seminggu sebelum. tp sorang je.
kk can be either kota kinabalu or kuala krai to me since my son is a sabahan. so aku tolong meriahkan kampung anak jantan bongsuku.