Sunday, December 14, 2008

Politik Lipat Kain Di PRK Kuala Trengganu


Mulut tak henti mengomel pokpek pokpek. Pokpek pokpek pokpek pokpek. Pokpek pokpek pokpek pokpek. Habis sebakul besar kain yang baru diangkat dari jemuran dilipat kemas. Semasa menyusun lipatan dalam almari, masih lagi pokpek pokpek.

Kemudian ke dapur. Pokpek pokpek nasi ditanak. Pokpek pokpek ikan disiang, digulai, harum baunya. Pokpek pokpek lantai dimop, ruang tamu dikemas, baby dineneng, bunga disirram, sawang dibuang. Tangan dan mulut sama rancak, pokpek pokpek.

"Assalamualaikum......"

"Eh! Abang dah balik. Minum bang....."

"Abang penat ye... jom kita makan. Ada gulai special untuk abang."

Ke mana pokpek tadi?

Pokpek sudah menjadi kebiasaan. Tak cakap tak sah. Tak komplen tak sah. Tak mengadu tak sah. Tak mengomel tak sah. Pokpek dah menjadi semacam kemestian. Pokpek pokpek tapi kerja buat. Bukan tak puas hati sangat, tapi dah jadi satu perangai, dah jadi satu fesyen. Pokpek kadang-kadang menjadi minyak silinder untuk melicinkan kerja. Bukan tak ikhlas. Ikhlas. Tapi saja gatal mulut. Fesyen.

Semasa Datuk Brahim Ali diputuskan untuk disedekahkan laluan mudah untuk kerusi Parlimen Pasir Mas dalam PRU12, 2008 siapa yang tak pokpek? Siapa yang tak pokpek selain Brahim Ali? Mak cik juak etak depan sekolah Mekasar pokpek. Pak cik gatih teksi di Pasar Mundok pokpek. Mat Tukang gunting di Plaza Serakai Emas memang sah pokpek. Hatta abang polis yang jaga trafik dalam Bandar pun pokpek. Brahim saja yang pokpek marahkan orang lain pokpek.

Macam mana orang tak pokpek. MP Pas, Ustaz Ismail Nuh menang bergaya dalam PRU11, 2004. Lagipun buat apa sedekah jalan kat Datuk Brahim. Orang semua tak boleh lupa keberusan mulut Brahim selama ini. Lagipun Brahim bukan hebat sangat, setakat anjur Majlis Makan Colek beberapa kali setahun budak Sekolah Zaa’ba buat pun lagi grand. Nak kata ramai penyokong, dalam PRK Pengkalan Pasir 2005, undi diperolehi Brahim di bawah paras kemiskinan mana-mana negeri di Malaysia. Nenek Maimun pun beroleh lebih undi daripada itu apabila melawan Mat Sabu.

Sehingga ke saat kertas undi dah lebih separuh masuk dalam tong pun orang masih pokpek. Hasilnya Brahim menang besar dan masuk Parlimen sebagai wakil Bebas. Sekarangpun orang masih pokpek pokpek dengan sikap dan kata-kata Datuk Brahim di dalam dan luar Parlimen.

Tak ramai orang Guchil, Kuala Krai pokpek apabila Dr. Hatta diberitakan akan menjadi calon mereka dalam PRU12 yang lepas. Malah majoriti orang Guchil bangga dan looking forward untuk bertemu mata dengan doktor yang selama ini hanya dapat dilihat di dalam Harakah sahaja.

Tetapi apabila mendapat khabar calon DUN mereka bakal dari PKR, mereka pokpek pokpek. Pokpek pokpek. PKR? Nak buat team volleyball pun tak ada reserve player, nak bertanding kat Guchil? Pokpek pokpek. Siapa? Orang kampong mana? Pokpek pokpek.

Hinggalah malam penamaan calon akhirnya paracut menurunkan calon PKR. Dari Kota Bharu. Betul-betul macam seorang muhajir berhijrah ke Madinah. Sehelai sebaju batik seikat pinggang. Pokpek pokpek. Calon DUN pun orang luar ke? Pokpek pokpek.

Dalam PRU11, 2004. Kedua-dua kerusi Parlimen P31 Kuala Krai dan DUN N40 Guchil disapu bersih oleh BN. Untuk PRU12, 2008, Umno meletakkan 2 orang calon anak tempatan, Dr. Sham dan seorang muka baru Prof Datuk Che Musa. Wah! Lawan Dr. Hatta seorang Professor berpangkat datuk anak tempatan.

Dalam misi hendak merampas kerusi Parlimen dan DUN daripada BN, PAS meletakkan 2 calon dari luar. Ada munasabah ke. Pokpek. Ada masuk akal ke? Pokpek.

Orang Guchil bekerja hard, harder, hardest. Doa lagi, sembahyang hajat lagi. Tampal poster pokpek, panjat pokok pokpek, gantung banner pokpek. Tak puas hati beb. Tapi Islam mesti menang. Itu tekad. Pokpek pokpek.

“Lepas pilihanraya kita mesti jumpa Husam”, Kata seorang amilin yang amat saya kenal.”Tapi kita kerja sampai menang dulu”.

Allah menentukan. Dr Hatta menang bergaya dengan majority 4984 undi. Cukup memberangsangkan berbanding calon import PRU11 Cikgu Wan Rahim Speaker yang kalah 2416 undi.

Calon dari PKR yang sampai sekarang ramai tak hafal namanya juga menang bergaya dengan majority 1000 undi. Saya kata bergaya kerana selama ini kerusi DUN Guchil asyik bertukar tangan antara Pas dan Umno hanya dengan majority kurang 1000.

Berakhir sudah pokpek di Guchil kerana 2 orang luar ini sentiasa buat kerja dan berada di tempat yang diperlukan pada masa yang diperlukan.

Nampaknya strategi Umno menggunakan anak tempatan berpangkat Professor, bertaraf Datuk tidak Berjaya di Kuala Krai. Saya tidak pasti dan tidak mahu komen sama ada taktik ini akan berjaya atau tidak di Kuala Trengganu.

Anak-anak muda di Trengganu terpokpek dan terpokpek apabila seorang tua dari negeri lain yang mereka amat kasihi dan segani membuat kenyataan yang ‘stop angin’ mereka. Apalagi, segenap ceruk orang turut pokpek dan pokpek berkenaan hal yang sama. Majoriti pokpek ditujukan kepada anak muda Trengganu yang terpokpek. Habis ayat dipokpek. Di paper pokpek, di kedai kopi pokpek, di kedai gunting pokpek, di blog jangan cerita la pokpek pokpek pokpek.

Saya pun tak pasti sejak bila Pas pokpek berkaitan pemilihan calon. Selama ini bukan tak ada pokpek, tapi setakat soksek sahaja. Soksek soksek selesai.

Saya yakin pokpek PRK Kuala trengganu hanyalah pokpek minyak pelincir orang perempuan melipat kain. Suami balik, pokpek habis, muka manis.

Takbir.

2 comments:

  1. Pada pendapat aku politik rakyat KT pada PRU12 setahap dgn politik rakyat Guchil semasa Khalid Samad kalah PRU6? Isu calon luar jadi luarbiasa - that's about 20yrs behind.

    Calon anak tempatan pon berumah dan bertangga di luar kawasan so?

    CankerSaurus

    ReplyDelete
  2. Rasulullah bukan anak tempatan di Madinah...

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...