Thursday, June 25, 2009

Orang Yang Patut di 'Ban' Berkempen di Manik Urai


Beberapa tahun dulu, semasa masih bertugas di Perak, aku membawa isteri dan 2 anak gadisku ke Pasar MPKB Kota Bharu Bandaraya Islam. Isteri nak cari kain untuk baju raya.

Dalam banyak-banyak kedai kain di Pasar tu, ada sebuah kedai menjual makanan ringan. Coklat (gula-gula), cikedis, sumi, big top lollipop semua ada.

Anak-anak apa lagi. Itulah kegemaran mereka. Lalu masing-masing mulalah memborong coklat apabila aku beri lampu hijau. Sampai tak muat tangan. Maklumlah mereka hanya berusia 2 dan 4 tahun. Pak Cik penjual berkata,

“Bubuh dalam poket mek...”

Poket baju budak, besar mana sangat. Terlimpah. Lalu aku berkata,

“Mintak plastik Pak Cik”

Aku mengulangi permintaanku kerana menyangka Pak Cik peniaga tak dengar.

“Plastik Pak Cik....”

Dengan muka semacam dan tidak friendlynya Pak Cik tadi berpaling dan berkata,

“Beli coklat tak dapat plastik!”

Aku tersentak. Berdesing telinga. Ada juga orang kedekut hangit meniaga kat sini. Kerana ini bukan pasal aku, tetapi pasal anak-anak aku yang memang dok struggle memegang coklat. Aku jadi hangin.

“Oloh Pok Cik, budak ke nih. Buke nyo beli sikit pong....”

Pak Cik tu buat tak tahu sambil baca Sinar Harian. Aku rasa memang Sinar Harian ada saham dalam membentuk pemikiran Pak Cik ini. Ikutkan hati aku mahu juga aku ................

“Saya bayar la plastik tu .....” Aku terus tak puas hati.

“Plastik tak jual!”

Barua betul. Tak jual, tapi tak bagi apabila pelanggan memerlukan.

Semasa darah aku makin memamalia, Mak Cik kedai sebelah datang bawa plastik sambil mengisyaratkan dengan tangan dan mukanya. Memang aku faham isyaratnya supaya jangan layan Pak Cik tu kerana dia kerek, mangkuk ayun, kedekut taik idung masin dan tak laku satu yen pun.

Aku ingat nak lancar perang je kat Pak Cik tu. Tetapi bila tengok anak-anak dan isteri aku yang terdiam dari tadi, aku menutup kontroversi dengan berkata,

“Tak payah jual la kalu macam ni... Buat malu oghe Kelate yah”

Ini bukan masalah aku seorang. Hari tu terkena dekat aku dan anak-anak aku, orang Kelantan. Apa kata kalau terkena kat pelancong luar ? Apa persepsi mereka ?

Apalagi kalau terkena kat orang yang sentiasa ‘jeh’ tag Kota Bharu Bandaraya Islam ?

Supik gelenyar pun kupit, rokrak betullah orang tua tu ...

5 comments:

  1. Salam ziarah dari Pok Mae,
    Kadang-kadang Pok Mae pun kena juga dengan orang yang macam nih. Pok Mae rasa mereka ni patut diberi kursus. Jange sombong......senyum sokmo....tunjukkan peribadi muslim sejati.
    Kadang-kadang tu ppiah ccotek atah ppalo tapi muka masae ccetung.

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Setuju denge Pok Mae... ambo rajing kenno jugok insiden2 lagu ni... meme keno wi kursuh...:p

    ReplyDelete
  3. Ore nnego patut kena ramah usahkan plastik rokrat..time x dok nyucur..bo 10 sen, 20 sen..kira halal je...

    ReplyDelete
  4. baso peranga amenu

    ReplyDelete
  5. pok mae, salam ziarah. pok mae kena initiate la kursus ni. puak-puak kita ni, beratur di bank pong tak reti lagi, usah ke nak naik bas. tgk cerita p. ramlee, nak masuk jambe pong beratur.

    fzi, salam. kursuh tu free ke kena bayar. ko buleh buat kelik pitih nah lagih.

    akula, setuju benar. barulah pelangge mari sokmo. tambah-tambah kalu hok nego tu come.

    canker, itulah yang aku dok pikir dale hati. mujur tak tubik mulut jah.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...