Saturday, June 20, 2009

Sekolah Agama Ini Pelik

Memang pelik
Kerana ianya bukan sekolah Kebangsaan
Atau sekolah Tamil, atau sekolah Cina
Jauh sekali sekolah missionary

Pelik bin Ajaib
Bila Mudirnya
Bila PK HEMnya
Bila Pengerusi PIBGnya
Bertukar-tukar hujah dan pendapat
Di lain-lain kedai kopi, di luar sekolah
Mengapa tidak di kantin sekolah aje?
Atau sebaiknya di bilik mesyuarat ?

Itulah pelik
Bukankah mesyuarat PIBG baru je berlangsung ?
Kenapa ? Tak bincang je ... ?
Ini memang ajaib

Ya, memang pelik, extremely pelik
Kerana yang bertegang urat bukannya
Pelayan makmal yang naik Honda Samah
Kerani akaun yang lambat proses claim
Pak guard yang cengil
Mak cik kantin yang becok
Cikgu PJ yang selalu pakai spek hitam
Professional yang mengajar Fizik dan Kimia
Cikgu matematik yang speknya macam Nyonya Mansur
Mak cik tukang sapu yang diam aje
Pak cik tukang kebun yang tak dapat gaji minima
Cikgu Sains dan Matematik yang berbau budu kerana PPSMI
Cikgu Biologi yang pakai tudung tapi masih nampak rambut

Pelik giler
Bila semuanya balik dari Azhar puluhan tahun lalu
Bukan Isnin minggu lepas !

Memang la pelik
Bila Cikgu Fizik nak dipilih PK HEM dibantah
Sebab tak mengaji Azhar
Setakat Lubuk Tapah dan Pasir Tumbuh dan Sungai Durian tak cukup
Tak fasih....puak-puak ni hafal saja

Yang ni aku pelik sungguh
Tak istikharah kah ?
Dulu Ustaz juga cakap,
Istikharah bukan untuk cari bini je

Bertambah pelik
Bila isu asalnya bukan masalah air 2 kolah
Bukan ukuran sebenar 2 marhalah
Juga bukan masalah syiah

Pelik
Budak-budak nak exam
Ibu bapa makin ramai hantar anak sekolah agama
Cina India pun hantar anak sekolah agama
Tapi tiba-tiba nak bergabung dengan Sekolah Kebangsaan pulak

Tak pelik, yang pelik
Tak panggil menyuarat dulu ke
Penaung PIBG, Mudir, PK HEM, Penyelia Pagi, Petang, cikgu-cikgu
Budak-budak beres
Pengawas boleh jaga
Makanan Mak Cik Kantin boleh sponsor
Pak Cik Tukang Kebun boleh tolong hantar karipap ke bilik mesyuarat

Cukuplah perkara-perkara pelik
Di surau dah 2 minggu takda orang mengajar
Bilik Mesyuarat dah bersawang
Bermesyuaratlah
Kalau tak nak di Bilik Mesyuarat
Mak Cik Kantin boleh tempah hotel


Yang Pelik.....Cikli

2 comments:

  1. Tak Pelik, Pelik..

    Tak pelik kalu ramai tak pehe
    Pelik bila tak cuba terang

    Tak pelik kalu ramai salah pehe
    Pelik bila salah tak tulong betul

    Tak pelik kalu polis gege
    Pelik kalu pencuri tak duk diam

    Jgn sampai ore rama bosan
    Kita tak pelik pasal darah mmg ija
    ramai gok darah biru pekat baru cair biru muda
    kena pikir hak roket merah baru terpalit biru
    kena timbang hok bulat putih baru nok ija

    jange asyik2 kata ribut dalam cawan
    Kena ingat hak bawah meja kijo dio kocok
    nak tak sir ado ssikit hok tupoh
    doh kalu mmg nasib dio jadi rezeki lalat & kuman
    lama2 kering tak dok gapo
    pon bukan cerita baru

    Aku bukan pakar strategi
    Tapi kalu ni strategi maka aku kata bodoh.

    CankerSaurus

    ReplyDelete
  2. canker,
    ribut dalam cawan? macam lagu mawi, mungkin langitmu lebih BIRU.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...