Friday, June 12, 2009

Politik Erdogan di Mana-Mana



Sembahyang Jumaat di Masjid Jamek Tokyo kena dengar khutbah dalam 3 bahasa.
.

Pertama, Bahasa Jepun.
Kedua, Bahasa Turki.
Ketiga, Bahasa Inggeris.


Teks khutbah disediakan untuk para jemaah dalam Bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris.
.
Masjid cantik ini telah dibina oleh Kerajaan Turki . Khabarnya dalam tahun 1986 telah dirobohkan dan dibina semula. Binaannya memang cantik, menarik dan da bomb.
.

Tok Imam dan Tok Bilal orang Turki. Tok Imam tak sure pulak aku daripada golongan professional atau ulamak. Cara berpakaian smart dengan neck-tie macam professional. Bermisai nipis tiada janggut, macam Husam..oppsss macam professional. Cakap Jepun dan Inggeris berabuk macam professional. Baca ayat al-Quran best dan fasih macam ulamak pulak. Atau mungkin puak Erdogan ni memang serba boleh ? Sebab tu Umno takut kot ?
.
Makmum, macam-macam ada. Professional ada, tak professional ada. Tak professional langsung pun ada. Ada ke masa Khatib baca khutbah, dia dok sibuk ambik gambar dan rakam video. Nak masuk Youtube la tu.


Time rehat Jepun pada pukul 12.00 - 1.00 p.m. atau 12.30 - 1.30 p.m.


Sembahyang Jumaat ditetapkan bermula jam 12.45 tghari. Selesai segalanya hampir 1.30 p.m. Berkejar-kejar pula masuk kerja.


Berbalik kepada khutbah 3 bahasa.


Bahasa yang pertama, patut sebab memang di Jepun dan baik untuk dakwah kepada orang Jepun yang masih free (takde pegangan).


Bahasa yang kedua, pendapat aku bertujuan politik semata-mata. Tak payah la khutbah dalam Bahasa Turki.


Bahasa yang ketiga, boleh diterima. Tak payah pun takpa, sebab dah ada teks.
.

Benda-benda wajib ni janganlah di aksesori kan.


Orang Turki memang hebat, Kelantan bila nak sponsor masjid kat sini?


Senibinanya memang mengasyikkan.
.

Subhanallah.
.


Kubah Masjid Guchil yang baru kalau boleh jadi macam ni baru ada kelas Perdana Menteri anak-beranak rasmi.
.

3 comments:

  1. Pengacara tilawahpun dalam byk bahasa termasuk Bahasa Perancis...

    ReplyDelete
  2. Biasala... selagi boleh berbahasa... kekadang tu nak tunjuk kehebatan... macam terengganu hasrat pemerintah nak bina berapa ratus masjid lagi.. begitu hebatnya... tapi solat subuh kat rumah gak...

    ReplyDelete
  3. Moksu: ...pedih...pedih... tapi jangan la pukul 8.00 pg solatnya.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...