Sunday, July 4, 2010

Maradona Kecewa



Jerman benam Argentina 4-0.


Penguasaan permainan, Argentina lebih dominan dengan 54% berbanding Jerman 46%. Padang nampaknya sama rata. Pengadil nampaknya adil. Pemain sama ramai. Penyokong sama-sama dapat tiup vuvuzela dan bebas menconteng muka masing-masing.


Pasukan Jerman nampaknya lebih konfiden dan serangan lebih mantap. Mereka score, mereka layak menang.


Selepas bola, TV1 siarkan berita.


Najib hentam Anwar dalam satu majlis. Kaw-kaw punya. Siap dilabel sesumpah oleh Najib. Katanya Anwar ke US mintak maaf dengan puak-puak Yahudi sebab mainkan isu APCO baru-baru ini.


Selepas Najib, si pembakar jambatan Rais Yatim tumpang semangkuk hentam Anwar. Pembaca berita pun bukan main lunak lagi membaca skrip. Setuju benar anginnya.


Malangnya selepas itu, tiada pula Anwar diinterview atau diambil keterangannya untuk menjawab tuduhan kaw-kaw Najib dan Rais. Padang tak sama rata. Referee berat sebelah. Penguasaan permainan Najib 100%- Anwar 0%.


Media kita masih mengamalkan apartheid dalam penyaluran maklumat kepada rakyat.

2 comments:

  1. maradona tidak diizinkan berbo---.
    :)
    masalah orang politik, satu pihak sahaja menguasai media, mereka boleh bog-lkan sapa sahaja ikut suka aku.kerana malaysia ni 1 je tapi dia yg punya, bukan 1malaysia ramai2 yg punya.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...