Sejak bulan puasa bermula, dah berapa ramai orang tak puasa ditangkap?
Berapa ramai pula orang main mercun telah ditangkap?
Mana bahaya orang tak puasa dengan orang main mercun?
.
Bahana mercun pernah mengorbankan nyawa 26 orang di Sungai Buluh pada Mei 1991. Hampir seratus orang tercedera.
.
Jangan kita ingat Bright Sparklers itu kilang ubat gigi Sparkle. Tidak!!! Ianya kilang mercun di Sungai Buluh.
.
Ia meletup, dan kesannya macam di bom Israel.
.
Selepas itu mercun di ban, apalagi kilang. Undang-undang Bahaya Kemalangan Besar untuk kilang juga dikuatkuasakan. Tetapi kenapa hari ini kita masih mendengar budak tercampak mati ke atas pokok kerana mercun?
.
Kenapa masih ada budak putus jari, rosak mata kerana mercun? Bodohkah budak itu, atau mak bapak dia yang bangang?
.
Baru tadi aku tanya budak yang tengah main mercun depan rumah. Beli kat mana mercun? Tak jawab, hanya tersengih. Rumah mana? Tak jawab juga.
.
Aku ceramah kat budak-budak tu 2-3 kerat.
.
"Tak dengar ke budak kat Losong tersangkut atas pokok kes mercun. Tak tengok dalam TV budak putus jari, rosak mata? Kalau duit banyak bagi je kat orang miskin..."
.
Gambar-gambar diambil tanpa izin dari blog http://hazriishak.blogspot.com/2008/12/mengingati-letupan-kilang-bright.html
tak faham jugak..
ReplyDeletesiapa sebenarnya yang lebih tak faham,
budak2 atau mak ayah budak?
atau kawan2 sebaya yang menghasut?
tadi pagi tengok muka depan akhbar,
ada gambar budak nangis
"eh, kes orang buang anak lagi ke?"
"oh, mercun rupanya"