Monday, August 30, 2010

Hodohnya Saman Ekor



Sedang aku syok layan kerja di pejabat, rakan sepejabat membawa surat. Banyak juga, semuanya yang diposkan ke pejabat lama dulu di Sabah. Semuanya di’redirected’ ke Terengganu.

Ada satu surat yang nampak lain macam. URGENT tertera di sampul surat. Dengan suspen aku buka...

Sila jelaskan saman tertunggak anda, nanti kami blacklist. Itu lebih kurang kandungan surat dari PDRM Bukit Aman, Cawangan Trafik.

Mood kerja aku merudum pusssss. Saman mana? Dalam sepuluh tahun lebih ni tak pernah pula aku ditahan polis. Saman mana satu? Aku baca surat lebih hati-hati.

Anda boleh check di myeg.com.my, rileks.com.my atau SMS.

Aku pun SMS. RM0.20 dicaj.

Beberapa detik SMS dibalas. Ada saman berjumlah RM370.00. Nak detail, sila SMS lagi. RM0.20 lagi. Dahlah saman orang tak bagi salam, nak cekau duit topup aku pula.

Dah SMS, detail saman diemail ke mailbox. 1 line je. Tak detail pun. Hampeh. Check di myeg.com, baru ada saman hadlaju di Maran pada 11 Desember 2009. RM300.00. Satu lagi di Georgetown Timur Laut, Penang pada 2005. RM70.00. Kesalahan mengganggu lalu lintas.

Cerita sebenarnya.

Kedua-dua bukan salah aku.

Yang pertama, memang kereta aku tetapi yang memandu masa itu adalah pekerja syarikat forwarding yang angkut semua harta aku dari Sabah ke Terengganu.

Yang kedua, memang bukan aku dan bukan kereta aku. Samada kereta lain pakai plet palsu atau polis salah ambil nombor. Kereta aku yang disaman tu tak pernah ke Penang pada 2005. Kereta tu berada di Terengganu, abang aku yang pakai. Aku masih bekerja di Ipoh masa tu.

Bagi kesalahan kedua, aku rasa pelik. Apa makna ‘mengganggu lalu lintas’? Mengganggu lalu lintas pun kena saman ekor ke? Tahan je la pemandu tu on the spot. Kalau aku kata bahlol, nanti marah pulak.

Kedua-dua bukan aku yang buat, tetapi aku kena tanggung bebanan bayar saman atau diblacklist. Walaupun dilanjutkan tempohnya sehingga tahun depan.

Sepatutnya polis kena tahan pemandu dan bagi saman personally. Barulah betul. Aku pernah terbaca satu artikel oleh seorang professor physics di university di Israel. Di Israel, ada kamera di jalan-jalan. Kelajuan di ukur dan juga jarak antara 2 kenderaan (Peraturan 2 saat). Jika sesebuah kereta melampaui had laju atau follow kereta lain rapat sangat (jenis driver bangang nih!), kereta tersebut akan ditahan beberapa kilometer dari situ dan saman akan diberi on the spot kepada pemandu terbabit. Nah! Israel pun tak terfikir nak buat saman ekor. Takkan Apco tak share benda ni semasa install system di PDRM?

Semuanya jadi begini kerana seperti nampaknya saman ekor bukan bertujuan sebagai ‘deterrant’ tetapi sebagai ’lombong emas’.

Entahlah. Bukan sahaja mood kerja aku dah hilang. Mood merdeka pun tak seberapa sekarang. Bagaimana rakyat nak merdeka jika minda pemimpin masih terpenjara dengan wang.


1 comment:

  1. salam garamsicho,

    petang tadi saye baru bayar saman ekor rm480. masalahnye kesalahan saye ialah tak pakai tali pinggang pada tahun 2008. kalo x bayar macmane saye nak renew roadtax kereta. susah nak bergerak ke sana sini.

    pertamanye saye tak pernah tak pakai tali pinggang. tiada org lain yg pernah memandu kereta saya melainkan saya sahaja.

    yg kedua kesalahan saya dibuat pada tahun 2008. tapi kenape saya boleh renew roadtax pada tahun 2009.

    kesalahan lain ialah memandu melebihi had laju di kawasan taman perumahan. pada waktu malam. saya pon tak paham, kenapa di kawasan perumahan pon hendak disaman. seorang sahabat saya disaman ekor kerana tidak memakai topi keledar semasa hari jumaat!waktu catatan saman ialah 12:57 pm!(waktu solat jumaat). rumahnye hanya kurang 50 meter dr masjid.

    memang ramai org merungut tentang hal ini, tapi kerajaan AMNO x peduli kerana nak cari dana tambahan. pak cik saya disaman rm30 kerana no. plat keretanya patah sedikit. tp semasa membuat pembayaran beliau dikehendaki menjelaskan bayarn sebanyak rm150!

    saya berharap blogger seperti encik membuat satu gerakan anti saman ekor dan sebarkan maklumat sebenar kpd rakyat malaysia.

    terima kasih kerana menyiarkan komen saya.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...