Friday, September 3, 2010

Si Islam dan Si Kafir Saling Mendoakan


Wanita Jepun seumur 40-an itu keluar dari Mercedes hitam dan terus menghampiri aku dan Jamadi yang sedang berjalan pulang ke Tokyo International Center. Dia berperawakan lembut, bertubuh kecil dan berskirt hitam labuh. Aku lihat seorang lelaki, mungkin suaminya sedang menunggu di dalam kereta.

“Excuse me...”

Dia memulakan bicara kepada kami yang tengah suspen. Jarang benar kami ketemu orang Jepun yang cakap oweng putesh di jalanan. Biasanya semua bila bercakap, sumimasen, sumimasen....

Dia menyambung lagi,” My husband and I want to go for a prayer at the church.....”

“We are sorry madam, we are new here. We don’t know any church here,” Jamadi segera memintas.

“No. I know where the church is. I am inviting you to come to the church, for Sunday prayer, together with us,” Jelas wanita Jepun hampir separuh umur itu.

Pelik. Di kala orang Jepun lain ramai mendakwa tidak beragama, hidup mereka hanya bekerja, kerja, kerja. Wanita ini begitu tekun pula berdakwah kepada orang lain, tanpa mengira bangsa dan warna kulit.

Pelik sekali orang Jepun. Mereka mungkin bangsa yang paling banyak mengambil syarikat kepada Tuhan yang Satu, Allah. Sampaikan Jepun kadang kala dikenali sebagai The land of goddesses. Besar punya syirik tu...

Semua benda dipuja dan dikatakan ber’spirit’. Daripada Gunung Fujiyama, pokok, burung, padi, angin... Hinggakan setiap orang juga dikatakan apabila telah mati akan menjadi ‘spirit’. Sebelum Jepun kalah perang dunia kedua, dalam jutaan ‘spirit’ yang dipercayai, hanya terdapat satu ‘living spirit’ iaitu Maharaja Jepun, yang juga Ketua Turus Angkatan Tentera Jepun.

Selepas Jepun menyerah apabila bom atom Amerika digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki, Maharaja Jepun terpaksa (dipaksa) membuat pengakuan di radio supaya didengari oleh semua Nihon-jin (Patutlah orang Jepun pun dipanggil Nihon-JIN, kerana mereka percaya kepada ‘spirit’. Dalam kamus P.Ramlee disebut ‘mambang’ ...hahaha lawak selepas sahur).

Maharaja Jepun telah membuat kenyataan di radio. “I am not a god, I am a human being”, lebih kurang macam itu la... Kalau Nihoh-jin fikir elok-elok pun logik la. Maharaja ni makan, tidur, main carom, berak, batuk, sakit perut, selesema, kahwin, kadang-kadang kena tengking dek bini, kadang-kadang kena pujuk bini, tukar lampin anak, masa winter kena pakai baju sejuk, mandi telanjang, mengigau.... Ini sifat-sifat tuhan ke sifat makhluk?

Seorang professor dari Sophia University, Tokyo semasa ceramahnya pernah memberitahu. “Most of us Japanese were born as buddist, our parents took us to shrines. When we got married, we went to churches, because it’s trendy to get married in a church. Then when we die, we will go to shrine again. If you ask any Japanese, most of them will answer they do not have any religion.”

Lebih kurang itulah kata dan maksudnya. Kacau bilau dan caca marba sungguh. Patutlah kes stress dan bunuh diri tinggi di kalangan Nihon-jin.

“Oooo.... Sorry madam, we are Muslims. We don’t pray in church. We go to mosque,” Jawab Jamadi penuh hemah. Inilah tolak ansur orang Melayu sebenarnya. Tidak cepat melatah, tetapi tegas. Itulah sebabnya Islam di Tanah Melayu tidak tergadai walaupun bertahun dicengkam penjajah yang kafir bersilih ganti. Kuasa hilang, tetapi akidah kekal dihati. Alhamdulillah.

“On Friday, we go to the big mosque just over there, Hatagaya,” aku menambah sambil menunjukkan tangan kearah depan. Wanita itu senyum sambil mengangguk.

“OK then, pray for me at the mosque,” kata wanita itu sebagai menutup bicara. Masih tersenyum.

“We will, and you pray for us too,” Jamadi membalas ramah.

Isu mendoakan bukan muslim sudah terjawab dengan meroyannya Zahid Hamidi apabila Khatib Zakaria Ahmad berdoa untuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam khutbahnya. Ulamak sepakat bahawa dibolehkan dan tidak salah mendoakan agar diberikan hidayah kepada orang kafir tetapi tidak boleh mendoakan keselamatan akhirat untuk mereka (At least itu yang aku faham).

Isu orang bukan Islam masuk masjid juga sudah terjawab. Cerdik pandai Islam mengatakan diharuskan orang bukan Islam masuk masjid dengan kebenaran pengurusan masjid dan beradab (menutup aurat dan sebagainya). Di Masjik Jamek Tokyo (Tokyo Camii) di Hatagaya, benda ni tak menjadi isu pun. Masa sembahyang Jumaat pun ada krew televisyen Jepun mana entah sering membuat rakaman di dalam masjid. Apa lagi semasa hari-hari lain. Masjid ini menjadi tourist attraction, locals and far far away, as far as human can live!

Isu di Malaysia, pada pandangan aku bukanlah sangat isu orang bukan Islam masuk dan menyampaikan ucapan dalam masjid, tetapi isu orang Dap masuk berucap dalam masjid. Segalanya politik di Malaysia. Hinggakan royalty minyak dan hasil masul negeri pun dipolitikkan. Padahal kalau Pantai Senok menjadi macam Kerteh jika gas dan minyak didaratkan di situ, kampong siapa tu? Mustapha Mamat dan Awang Adek juga! Mereka kan orang Bachok. Wei orang Jeli, Mustapha Mamat tu orang Bachok la!

Berbalik kepada cerita aku dan Jamadi dan wanita Jepun pendakwah Kristian tadi. Bagaimana pula meminta orang kafir mendoakan untuk kita di gereja atau di kuil. Aku tahu, permintaan kawanku Jamadi itu hanya bicara spontan pemanis mulut sahaja. Tetapi aku tertarik untuk mengetahui hukum sebenar meminta orang kafir mendoakan untuk kita. Apakah harus meminta orang kafir yang menuju ke gereja atau kuil atau synagogue atau gua atau banir kayu untuk mendoakan kita?

Perlukah aku bertanya Harussani? Atau Dr. Asri? Atau aku tanya sahaja Khatib Zakaria Ahmad? Sesiapa ada nombor telefonnya?

7 comments:

  1. Fathul Bari pon terpaksa komen tak ikhlas.. zul nordin pon meloyar buruk.

    wait.. weren't u zul's fan 10 yrs ago? hhuhuu

    ReplyDelete
  2. Cikli..kat tokyo ko loni? buleh la jupo cikli dan family...

    ReplyDelete
  3. ohh?? subjek sejarah pula rini ya cikgu li?? he.he.he..

    kelakarlah. isu masuk msjid bgi talk tu pun kacau. isu yg Islam xmsuk2 msjid (xsolat) tu xmo kaco pulak.

    ReplyDelete
  4. psttt..
    khatib Zakaria Ahmad adik beradik mufti Pulau Pinang. mana abg, mna adik xprasan.

    ReplyDelete
  5. ayohnik.

    10 years ago zul was still a good lizard. now he has turned into an ugly crocodile underwear. anyway aku mufarakah dengan zul lama sebelum dia dipecat pkr. dah nampak jallor nya.

    ReplyDelete
  6. hanis,
    tu cerita memori setahun lalu, diulangtayang kerana sedang kena dengan isu di malaya sekarang.

    ReplyDelete
  7. puteri.
    depa tiga beradik popular semua (tak tahu kot ada lagi)
    mufti, khatib zakaria, ustaz idris ahmad (ketua penerangan Pas pusat)

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...