Negara kita nampaknya masih tidak dapat menerima 2 pandangan yang berbeza secara jantan. Bangkangan untuk ‘check and balance’ dalam negara demokrasi nampaknya tidak diraikan di sini walaupun kita telah merdeka lebih 53 tahun. Menjadi pembangkang perlu bersedia untuk bermain bola dengan padang ber’gradien’ 25 darjah dan palang gol yang beralih-alih. Apa lagi mempunyai pengadil yang sering meniup wisel bila saja mereka mendapat bola!
Tiada media coverage untuk pandangan mereka, kecuali apa yang mahu dimanipulasikan cukup-cukup. Jika ada apa-apa isu timbul, bukan mereka yang dicari untuk mendapatkan penjelasan, sebaliknya parti yang satu lagi yang berpesta mengeluarkan pendapat termasuk pembaca berita TV yang sepatutnya membaca sahaja apa yang ditulis.
Jika tidak masakan MB Kelantan yang tua-tua begitu perlu ke mahkamah untuk menyerahkan writ saman kepada Petronas. Bagi MB Kelantan, itulah jalan terakhir yang diambil setelah rakyat Kelantan dinafikan royalti minyak yang sepatutnya mereka dapat. Saya sokong langkah ini walaupun saya pengisi minyak Petronas tegar untuk kereta saya. Saya perlu sekular untuk perkara ini. Isi minyak suku, royalti suku!
Jika tiada pembangkang, rasanya masih ramai pemilik kereta yang di’blacklist’ dan tidak dapat memperbaharui road tax kereta mereka kerana saman berekor yang belum tentu mereka salah (Saya pun ada 2 yang bukan saya lakukan). Jika tiada pembangkang, dah dapat kita tikam judi bola. Jika tiada pembangkang, harga petrol kita rasanya lebih mahal daripada sekarang. Gula dah lama dulu naik dan harganya lebih tinggi daripada sekarang. Tarif air diselaras (naik la ni!) semua negeri. Jika tiada pembangkang, kita tak akan tahu tentang isu correct-correct-correct, isu komisyen kapal selam, isu APCO. Jika tiada pembangkang, konsert-konsert dan program lagho makin galak. Pembaziran. Penyalahgunaan kuasa. Penyalahgunaan wang. Rasuah jangan ceritalah...
Sudah cukup perit dan letih yang dialami oleh pembangkang. Pun begitu, bagi yang bahalol menyimpan otak di kepala lutut walaupun sesetengahnya ada ijazah dan phD, mereka sering melalak dan melabelkan pembangkang hanya tahu membangkang!
Ini ditambah lagi dengan tindakan tidak cukup sifat MP Ipoh Barat DAP, M Kulasegaran yang tidak bersetuju dengan nama KLIA2 untuk Lapangan Terbang Tambang Murah yang baru. Bagi saya, hal macam ni, tak usahlah pembangkang nak tempel-tempel. Nama ni, bagilah orang yang menang tentukan. Lagipun bukan nama Zainuddin Maidin atau Ahmad Maslan yang diberikan kepada lapangan terbang baru tu. Hatta jika kerajaan ingin menamakannya LTASHSRTJJ (Lapangan Terbang Antarabangsa Sekembang Hati Semangkuk Rasa Tanpa Jemu-Jemu) sekalipun, tak perlulah M Kulasegaran berbunyi pasal benda ini. Apalagi bila beliau mencadangkan pula nama TARIA, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Tunku Abdul Rahman untuk lapangan terbang itu.
Kalau tak ada isu, baik diam sahaja. Kadang-kadang diam itu petanda ‘wisdom’ yang kita miliki. Atau YB mahu membuktikan kecintaan tidak berbelah bahagi kepada negara kepada Pasir Salak yang asyik menyalak YB?

lapangan terbang baru?
ReplyDeletemana pulak?
labu?
dulu cakap nak buat kat mana tah..
ingat2 lupa..
tapi lepas tu dah senyap sepi.
dah buat ke? dah siap ke? dah guna ke?
status tak diketahui.
KLIA2?
dekat KL juga la ek lapangan terbang baru tu?
kalau bukan kat KL, saya pun tak setuju nama KLIA2,.. bukan apa.. banyak juga benda '2-2' ni.. contoh: MRR2..
nama laen kan banyak lagi... :)