1 : Kelantan FM
Masuk sempadan Kelantan sahaja, mesti tukar channel radio. 97.3 FM. Kelantan FM. Rindu nak dengar DJ berceloteh berkecek Kelate. Rindu nak dengar dikir barat. Rindu nak dengar lagu Anak Tupai, Ayam Serama, Belale Preekk, Cik Mek Molek, Ultraman, lagu pasal bola dan macam-macam.
Lagu dikir moden Kelate sentiasa evergreen dan up-to-date. Ada je lagu polular, mesti ada versi dikir moden. Senikatanya yang paling aku suka. Mencengkam dan kena atah mottek atau kata orang-orang tua, right on the dot.
Baru beberapa minit aku dengar Kelantan FM. Tupp.....
Aku terpaksa tukar channel lain. Tak tahan, telinga berbulu, berasap. Hati terbakar. Mana tahan. Asyik mengata dan mengutuk Kerajaan Negeri sahaja.
Kerajaan PAS sudah 20 puluh tahun memerintah Kelantan. Itulah kehendak dan aspirasi majoriti rakyat Kelantan samada pemastautin atau perantau. Takkan RTM tak reti-reti lagi. Tak perlulah berdakyah lebih-lebih dengan cukai yang dibayar rakyat.
DJ pun jangan lebih sudu dari kuah. Jangan jadi kaduk naik junjung. Bagilah informasi dan hiburan untuk rakyat yang mendengar. Nak berpolitik, jangan jadi DJ. Jadilah JKKK.
Itu baru celoteh DJ. Belum lagi dengar berita tempatan!
Oh! Kelantanku.
2: RTM
Sempena hari raya yang bakal menjelang. RTM banyak menyiarkan ucapan pegawai-pegawainya di radio. Kebanyakannya mengajak kita semua berbaik-baik. Sempena hari baik, bulan baik. Jangan jadikan ideology politik, bangsa, agama sebagai pemisah.
Sungguh suci, sungguh murni. Macam minyak masak Seri Murni!
Aku amat bersetuju. Sesama Islam jangan jadikan perbezaan politik sebagai batas antara kita. Cuma RTM jangan bercakap macam computer tak cukup memori.
RTM perlu sedar. Mereka perlu menukar cara pemberitaan mereka jika mahu rakyat lebih berkasih sayang sesama mereka. Jangan lihat sebelah pihak sahaja. Kitakan 1Malaysia!
Dengan mengutuk dan membawa berita buruk tentang Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim saban hari saban malam bukan hanya membuatkan orang Umno makin benci pada mereka, tetapi orang PAS dan PKR juga akan lebih menyampah dengan pemimpin Umno khususnya Rais Yatim yang menjaga Radio TV.
Semalam dalam perjalanan balik kampung, aku mendengar berita radio.
...... Bekas PM, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mengatakan agama Islam dan penganutnya menjadi mangsa pemimpin PAS yang menggunakan agama sebagai senjata kelangsungan hidup dalam politik supaya parti itu terus mendapat sokongan...bla bla apa nama bla correct correct correct bla apa nama bla....bla ....... apa nama.....
Diberitakan statement dari mangkuk-mangkuk yang menyokong dan tumpang tui dengan statement ini.
Cuba kita kaji dan renung betapa bahayanya pemberitaan cara ini dalam konsep 1Malaysia. Orang yang kepala lututnya dipenuhi otak akan mengangguk dan bertambah benci mereka kepada Nik Aziz. Kadang-kadang kebencian mereka boleh bertukar kepada kebencian kepada Islam. Itu bahayanya.
Bagaimana pula dengan orang yang otaknya berada di kepala? Mereka juga akan tertanam benci kepada Mahathir dan mangkuk-mangkuk yang menumpang tui itu.
Come on la wei.... Di Malaysia ini, orang bergaduh bukan kerana bangsa, tetapi kerana ideologi politik. Inilah yang 1Malaysia ter’over look’!
3 : Mangkuk
Bulan baik. Hari baik. Ada orang nak bergocoh.
“Nok goccoh ke...” Marah betul pemandu Avanza hijau kepada pemandu Myvi yang menegurnya kerana parking tengah jalan.
Di depan Market Pasir Mas. Tempat yang selalu jem. Apalagi 28 Ramadhan! Dia parking betul-betul depan Market Pasir Mas di cabang tiga. Bukan sebelah kiri jalan, tetapi di kanan! Di pembahagi jalan! Kereta lain terpaksa melepasinya di sebelah kiri! Unscrupulous! Longgar skru!
“Nok goccoh maghilah. Aku buke parking. Aku tunggu orang jah. Tokleh ke? Mu ingat aku oghe luar ke?...” Meluru Melayu itu keluar kereta menuju kearah Melayu yang menegurnya. Orang ramai tengok saja. Termasuk aku. Semasa tengah ribut mangkuk ayun tu mengamuk nak bergocos, aku terus masuk pasar dengan kepala berserabut memikirkan telatah manusia yang tak boleh bezakan antara undang-undang dengan onde-onde.
.
MAAF ZAHIR BATIN
.
Salam,
ReplyDeletemasa ni lah dia org ambil kesempatan, ramai pendengarnya..............
bro hazmi,
ReplyDeletebetul tu... oghe nak dengar anak tupai, dia gi promote stopa mamat dgn dali omar pulak.
Salam CikLi,
ReplyDeleteselamat menyambut hari Raya Eidul Fitri pada cikli sekeluarga, semuaga semuanya dalam keadaan baik, dirahmatiNYA, gembira dan bersama-sama lah kita bermuhasabah diri. Semoga perjalanan cikli pulang ke klate dan kemana sahaja dan sekembalinya ke rumah selepas raya, saya doakan semuanya selamat, Amin. SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN. saya pun rinnduuuuuuuuu jugok ko klate ni,,,,,,,,,huhuhuh, sedih wehh lamo doh tok merasa "nikmat hidup klate" yg pelbagai.
oh klate ghuponyo...
ReplyDelete:)
i hv lot of friends from there.
kalw g ganu je ke sggah umh?
klaw g klntn xleh??
he.he..
[minat kat sorang mamat kelantan, tatau la kenapa..huuu]
Jap.. statement Dr M betul ke tuh?? Kdg2 bukan bleh caya ap yg di siarkan tuh.. Dr M sendiri cakap dalam buku dia "BLOG TO UNBLOCK" yang media tak boleh dipercayai.
nanti saya pos kata2 Dr M tu.
manala tau (bahkan mungkin berlaku), 'diorg' goreng supaya kata2 Dr M menyebelahi 'mereka'.
cikgu zam,
ReplyDeleteambo turut bersedih nih...tq
puteri,
ReplyDeleteamboi nak jd oghe klate jugak...
silah datang mana-mana pun boleh.
kalu ambo ada, ambo jamu nasik dagang atau nasik kerabu.
oops.
ReplyDeletetokleh jadi kot...
sebab kita saja suka dia..
dia tidak..
:)
mana2 lagi best tuh..
baik!!
;)