Orang Melayu amat mementingkan keselamatan. Sejak dulu-dulu lagi. Sebab itu apa-apa peristiwa pun dinisbahkan dengan selamat.
Untuk orang baru kahwin, selamat pengantin baru. Bila ulangtahun, selamat hari jadi atau selamat ulang tahun. Bila nak raya, selamat hari raya. Selamat menempuh alam remaja, selamat malam, selamat pagi, selamat jalan. Semuanya selamat. Berbeza dengan orang putih, mereka nak suka-suka atau enjoy saja. Sebab tu depa sebut 'good' dan 'happy'. Happy birthday, happy anniversary, good morning, good bye etc.
Nama orang dulu-dulu pun ada yang dinisbahkan dengan selamat. Kassim Selamat.
Jadi sepatutnyalah orang Melayu menjadi champion dalam aspek keselamatan. Tak kira di mana jua. Kalau bekerja, orang Melayu sepatutnya yang paling selamat cara kerjanya. Kalau memandu, semestinya orang Melayulah yang sepatutnya paling berhemah dan bertimbang rasa.
Masing-masing kita akan balik ke kampung masing-masing. Jalan raya pastinya akan penuh dengan kenderaan. Jalan jem bukan penyebab kematian di jalanraya. Paling terukpun, jika jem, kereta kita terpaksa berhenti beberapa ketika. Tetapi tiada kematian.
Jika kita ingin menyumpah atau naik angin kerana jem, bersyukurlah....Di China Ogos lalu, jalan mereka jem sehingga 100km! Jem berlarutan sehingga 9 hari! Hinggakan ada orang yang homesick! Pesta-pesta dibuat di tempat-tempat jem untuk menghiburkan pemandu yang tersangkut. Gerai-gerai segera dibuka untuk mengambil peluang berniaga dengan orang yang tengah jem.
Itulah 'the worst' yang jem boleh sebabkan. Kereta terhenti. Tetapi tiada kematian. Kematian di jalanraya disebabkan oleh kelajuan. Kelajuan yang selalunya menyebabkan kemalangan ngeri. Terbabas, memotong tak lepas, bertembung head-on, menyondol belakang kereta lain... Bukankah itu semua berpunca daripada kelajuan?
Menambahkan keterukan lagi apabila jarak antara kenderaan tidak dijaga. Jika jarak 2 saat antara kenderaan tidak dijaga, apatah lagi jika kereta dalam kelajuan yang tinggi, kemalangan maut amatlah dekat.
Oleh itu tuan-tuan, jika kampung anda masih dalam Semenanjung Malaysia, tak perlulah pandu laju gila. Orang lain tak kagum sedikitpun. Menyumpah adalah. Jika termakan sumpah, itu pun penyebab kemalangan juga.
Jadilah orang Melayu Tulen, semuanya SELAMAT.
Selamat Hari Raya. Selamat Balik kampung. Selamat makan lemang dan ketupat. Selamat menziarahi kubur. Selamat memakai baju baru. Selamat bermaafan. Jangan main mercun.
unik. cadangkan semua kereta yang dikeluarkan hanya boleh mencapai had laju di jalan raya.
ReplyDeletemasalah orang melayu suka berlebih-lebih kalau ada ruang dan peluang. mungkin Melayu Selamat sudah berubah menjadi Melayu Laju?
Doa selamat...nasihat yg baik
ReplyDeleteSelamat solat hari raya di pagi raya
ReplyDeleteSelamat hari-hari..
:)
psst.. pepatah glamer
"biar lambat asal selamat"
tapi ada juga yang tak kurang populer
"melayu mudah lupa"
he.he
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN. BERSABAR LAH MENGHADAPI 'JEM' DI P MAS, T MERAH DLL
ReplyDelete