Wednesday, September 8, 2010

Raya Yang Pelik


Teruknya situasi kita hari ini hinggakan semacam biasa apabila mendengar berita kemalangan jalan raya atau kemalangan kerana mercun apabila tiba masa orang Islam nak beraya.


Raya kali ini menjadi pelik pada pada pandangan saya apabila bilangan kehilangan jiwa ditambah dengan kematian yang tidak dijangka. Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanyalah kita akan kembali.


Di Negeri Sembilan, 2 beranak telah dibunuh di dalam kediaman mereka sendiri, sehari sebelum mereka ingin balik berhari raya di Tumpat Kelantan. Siapa yang tergamak membunuh seorang ibu dan anaknya yang langsung tidak berbahaya? Membiarkan 2 jiwa tanpa oksigen dan tangan terikat adalah sesuatu yang tak masuk akal waras seseorang manusia. Pasti ianya dilakukan oleh kerabat terdekat setan yang berketurunan manusia kerana marahkan suku-sakatnya yang dirantai pada Ramadhan ini.


Kemudian bilangan kematian juga ditambah dengan kejadian seorang remaja 13 tahun di Pulau Pinang yang dikatakan membunuh diri dengan terjun dari tingkat 17. Sungguh trajis dan kasihan. Remaja yang dikatakan 'deeply depressed' itu diberitakan telah menghantar SMS kepada ayahnya sebelum kejadian itu yang berbunyi 'I LOVE YOU'. Apa yang sebenar terjadi, kita tidak tahu. Hanya Allah. Semoga sebenarnya ia tidak begitu!


Dekat tempat saya tinggal, di Terengganu, seorang warga emas telah maut apabila terlanggar tiang rumah semasa mencuba motosikal anaknya yang baru di baiki.


Di Pasir Mas Kelantan, budak perempuan comel berumur 6 tahun telah hancur tangan kirinya hingga pergelangan tangan kerana termasuk ke dalam mesin tebu yang ditinggalkan terpasang semasa budak itu menghampirinya.


Nampaknya OPS SIKAP perlu diperluaskan bukan sahaja di jalan raya. Main mercun, mengkhianati orang, membuli orang, mengabaikan keselamatan, sikap sambil lewa... Semuanya adalah SIKAP yang perlu di OPSkan.


Biarlah kita meneruskan amalan menziarahi kubur di raya ini, bukan kubur kita yang diziarahi orang. Bertimbang rasalah di jalan raya.


SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN DARIPADA SAYA SEKELUARGA.

Ramli. Rohaya. Salsabila. Syahidah.Talhah.

5 comments:

  1. Salam Cikli..selamat hari raya buat cikli sekeluarga, maaf zahir batin, hati2 pulang ke kg..

    ReplyDelete
  2. kampung di mana? ganu juga? my sis in law kat kt.

    masa awal puasa dulu juga, gempar kena bunuh sembelih diwaktu sahur.,...

    bahaya hidup kita kan

    ReplyDelete
  3. puteri,

    hahaha sori le...
    kampung saya kelate. teganu ni kampung angkat je. datang teganu mai jalan rumah.

    ReplyDelete
  4. hanis..

    terima kasih. pandu cermat insyaAllah selamat. Selamat beraya di jepun.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...