Hari ni masih menghadap komputer. Assignment belum siap. Sampai terlupa hari ni hari Jumaat. Pukul 1, kedengaran suara isteriku...
"Abe... Jumaat hari ni!"
Bergegas aku bersiap dan ke masjid berdekatan. Sempatlah dengar khutbah.
Balik sambung lagi menghadap komputer. Kedengaran berita kat TV... Lim Guan Eng jadi macam kaduk naik junjung kata pembaca berita.
Kedua-dua pemberita, seorang lelaki, seorang perempuan bergilir mengata Lim Guan Eng. Lebih Umno dari kuah pula mereka. Ditunjukkan pula pembesar MCA yang marahkah Lim Guan Eng kerana 'naik junjung'.
Isu apa pula ni? Tanyaku... Lalu aku buka internet.
Rupanya, akhbar Umnotusan hari ni melaporkan'Nama Guan Eng ganti Agung'. Lapornya, Zahid Hamidi marah kerana ada imam di Pulau Pinang ganti nama Agung dengan nama Lim Guan Eng. Mangkuk betul imam tu, kata aku.
Aku terfikir. Hari ni hari Jumaat, berita tu hari ni. Jadi isu khutbah tu bukan khutbah hari ini. Mesti khutbah Jumaat lepas. Takkanlah khutbah Jumaat lepas sebut nama Lim Guan Eng ganti Agung, hari ni, lepas seminggu baru Zahid nak bertindak. Slownya. Mangkuk betul Zahid Hamidi, kata aku lagi.
Mungkin di Pulau Pinang baca khutbah hari Khamis kot sejak Lim Guan Eng memerintah?
Payah betul kalau mangkuk naik junjung.
Apapun, sambung buat assignment.
nama allah sudah digunakan kantoi
ReplyDeletebangsa tak jalan orang pulau ok je
agung pulak di orang cuba
tak gentel la kan
biar la lim guan eng memerentah dengan tenang
kalo buduh gitu musti khatib amenu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteisu kebenaran penggunanan kalimah Allah oleh The Herald tu bukan ke dah ditarik balik?
ReplyDeletesituasi di negeri saya.. saya rasa tak sebut nama agung jugak.. sebut nama sultan yang memerintah. pulau pinang kan tiada sultan..,, maka disebut nama pemerintah pada masa berkenaan,,..?
atau sebenarnya cerita ini hanyalah rekaan semata2??
LINK: http://idhamlim.blogspot.com/2010/08/mujahid-kontroversi-khutbah-hanya.html
adik puteri,
ReplyDeletemaksud abg brutal yg masih solo tu, umno gunakan isu nama Allah utk lemahkan Pas...
Byk lagi kena faham politik ni dik...terutama politik umno.