Wednesday, August 25, 2010

Mangsa Keadaan


Diam tak terkata kita apabila mendengar berita seorang anak comel 3 tahun disembelih bapa sendiri. MasyaAllah. Besarnya ujian Allah pada kita semua, lebih-lebih lagi keluarga mangsa.

Sebelum ini kita mendengar dan melihat berita anak kecil tersangkut di atas pokok kerana ledakan mercun. Tak dapat kita bayangkan perasaan keluarga yang terlibat.

Kita juga mendengar berita seorang bapa menyimbah asid ke atas isteri dan anak-anak termasuk mentua. Alangkah peliknya dunia ini.

Di Perak, seorang suami menetak isteri sehingga mati semasa bangun sahur, dia juga menetak tangan anak perempuannya.

Lama dulu seorang pemuda di Negeri Sembilan membunuh ahli keluarganya. Kemudian dia memenggal leher ayahnya dan membawanya ke Shah Alam!

Banyak lagi kes-kes yang tak logik dan menyayat hati. Yang tak terfikir oleh kita. Ada yang sakit mental, ada yang stress, ada yang gila, ada yang .......entah kita pun tak tahu apa masalah dia yang sebenarnya.

Banyak perkara yang membuatkan kita stress sekarang. Terlalu banyak. Buka TV dengar aje berita, jadi stress. Pemberitaan media kita TV1, TV2, TV3 sampai 10, semua cukup untuk membuatkan kita stress. Beritanya liar, berat sebelah, menyakitkan hati, mengampu, jilat punggung, bodoh, bangang dan ahmad maslan.

Baca paper pun boleh jadi stress. Berita macam membodohkan pembaca. Macam pembaca tak ada otak nak fikir sendiri. Semua berita stress. Kes bunuh, kes ragut, rebut takhta, anak saman mak, mentua marah menantu, khutbah tak sebut Agung, Melayu Islam tak yakin hudud, Indon lumur najis Jalur Gemilang, mufti main politik, sidang DUN asyik kecoh, royalti Kelantan dinafi, eksiden sana-sini, Brahim Ali, Ezam, Muhyiddin.....Semua stress.

Bila bawak kereta, keadaan traffik dan sikap biul kebanyakan pemandu membuatkan kita stress. Sikap mementingkan diri, nak cepat tak kira tempat, nak tunjuk macho, nak tunjuk terer tak padan dengan tine garik, atau sikap kurang sabar membuatkan kita stress.

Minyak naik, harga barang naik menyebabkan kita stress. Jawapan dan alasan menteri lagi membuatkan kita stress. Stress kita memikirkan macam mana orang yang selalu beralasan bangang boleh dilantik jadi menteri.

Baca isu semasa lagi kita stress. Stress sungguh melihat tanah kita di Singapore diserahkan begitu saja. Blok minyak diserahkan kepada Brunei. Lesen judi. Buang anak. Zina. Rogol. Fitnah. Macam-macam membuatkan kita stress.

RM77 juta dibayar kepada Apco juga cukup men’stress’kan kita kerana kita hari-hari mengutuk Israel kononnya. Stress melihat tangan yang sama menggenggam mengutuk zionis, tangan itu juga yang sain cek bayaran Apco.

Hari ni semasa baru sampai di rumah, ada orang datang rumah kempen untuk P1 w1max internet pakej.

“Abang ada pakai internet? Apa?” Dia bertanya.

“Celcom,” aku jawab.

“Berapa sebulan?”

“90”

“Tukar inilah RM99 je...tambah RM9 lagi dapat free modem ....bla..bla..bla...” iklannya.

“Takpa la....” Aku menolak. Dia nampak tak mahu mengalah.

“Kenapa tak nak tukar...?” Aik...Boleh pula dia tanya macam tu...Ikut aku la. Sebenarnya Celcom ni pun aku nak potong dah. Receptionnya slow macam Zahid Hamidi!

“Sekarang ni semua orang tak nak fikir fasal benda-benda ni. Semua orang stressss.......”

“Takpa bang ...Saya pergi dulu.” Belum aku habis bersuara budak Cina ni dah nak blah. Tadi nak tahu sangat kenapa...

4 comments:

  1. tengah stress jugak ni dengan celcom broadband. cakap rm68 sbulan no limit..
    bila dpt bill, check elok2, ada had smpai rm150.
    mknanya akn lebih dari rm68 la sbulan.

    huisyhh

    ReplyDelete
  2. stress, stress, semua benda men'stress'kan.

    termasuklah kalau bayar bil CELCOM kat Pos Malaysia, kena bagi masa 3 hari untuk CELCOM buat clearance bayaran.

    Apa ke hal? Bukan semua dh swasta dah ke?

    ReplyDelete
  3. salam tuan,
    kawan saya pun mengadu cakap broadband byk tipu, die guna maxis, slowww sangat dan ade limit, baru gune jap dah kene block, pastu dapat sms kene bayar baru boleh sambung guna. Jadi, saya setuju dengan Tuan, sekarang ni semua ORANG STRESS..........

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...