Monday, August 30, 2010

Merdeka Cara Kita


Patriotik kah kita dengan meletakkan jalur gemilang di kenderaan kita?
Tetapi kita asyik memandu melampaui had laju dan melanggar lampu merah.
Tetapi kita leka bermain mercun selesai saja berbuka puasa.
Tetapi kita membelikan mercun untuk anak-anak kita bermain, walaupun kita tahu ianya bahan terlarang.

Patriotik kah kita dengan mengibarkan jalur gemilang dipagar rumah?
Tetapi kita terlibat memberi dan menerima rasuah di tempat kerja.
Tetapi kita asyik menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada kita.
Tetapi kita asyik memfitnah orang lain yang tidak sealiran dengan kita.

Rata-rata iklan merdeka di TV menyiarkan betapa kita mesti mengibarkan bendera kita sebagai tanda patriotism. Mesti mengibarkan bendera kita. Brek emergency jika ada bendera di atas jalan! Kutip bendera itu!

Benarkah begitu?

Merdeka dan patriotik bukan semata-mata berkisar pada bendera.
Mengapa kita tak diajar supaya mematuhi undang-undang jika kita patriotik?
Mengapa kita tak diajar mensyukuri nikmat Allah jika kita menghargai kemerdekaan?
Mengapa kita tidak ditegah melakukan maksiat jika mahu mengisi kemerdekaan?
Mengapa kita tidak menggunakan media untuk merapatkan jurang politik kepartian supaya kita hanya bertentangan hanya 5 tahun sekali iaitu semasa pilihanraya umum. Jika kita patriotik?

Jika kemerdekaan hanya semata-mata dan segala-galanya bendera, ibu-bapa yang patriotik mestilah menyusukan bayi mereka dengan susu cap bendera!

1 comment:

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...