Saturday, December 24, 2011

Haji Serabut

Gambar hiasan ada makna!
Haji Qamar termenung panjang di tangga. Hatinya penat memikirkan hal anak-menantunya sehari dua ini. Dia kebuntuan sekarang. Anak menantunya sudah mula digelar orang anak-hantu!

Kalau dahulu Haji Qamar berjalan dada ke depan. Bukan dia sengaja mahu bersifat riak dan takabbur. Tetapi dada Haji Qamar bergerak sendiri ke hadapan. Apa tidaknya, pada masa itu, dialah seorang bapak yang paling bertuah dan superb di seantero nusantara raya.

Anak sulung Haji Qamar seorang bijak pandai selok-belok agama. Memang keluarga Haji Qamar asal agamawan. Bila anak sulung itu berkahwin dengan professional tersohor, saham keluarga Haji Qamar terus melonjak. Bertambahlah professional dalam keluarga agama mereka.

Bila anak kedua Haji Qamar pulang dari Iowa dengan ijazah Ph.D kejuruteraan, Haji Qamar bertambah bangga. Yelah...Biasanya anak agamawan akan pulang dari Jordan atau Mesir, tetapi anaknya pulang dari Iowa dan memakai kopiah. Anak keduanya professional yang boleh baca kitab dan berkhutbah dalam Bahasa Inggeris. Berkahwin pula dengan professional juga, yang pandai baca kitab juga. Patutlah dada Haji Qamar terkehadapan bila berjalan.

Namun sehari-dua ini, Haji Qamar sering mendengar cerita kurang enak tentang anak-anak dan menantu-menantunya. Di masjid, di kedai kopi, di gelanggang futsal, di kafe siber. Cerita anak-menantunya dijaja orang sana-sini.

Haji Qamar mengakui, orang berhak berkata itu-ini. Apa tidaknya, anak-menantunya terlalu pandai. Terlalu bijak, terlalu terer. Yang menjadi masalah ialah mereka beradu ketereran di halaman rumah. Mereka berbahas, berdebat, berhujah, berfilosofi di tengah laman. Dengan suara mereka yang gebang! Gebang! Gebang!

Bukan setakat anaknya yang sudah besar dan menantu yang berdebat dan berhujah di tengah halaman, kadang-kadang anaknya yang baru dapat result PMR pun join sama berdebat. Anak haji Qamar yang bersunatnya masih bernanahpun nak tunjuk terer jugak. Berdebat jugak. Di tengah laman jugak!

“Tak bolehkah mereka berdiskusi di dalam rumah? Di meja makan? Di sofa? Hatta di jamban!” Fikir Haji Qamar. Kesal.

“Mengapa mereka mesti tunjuk pandai di laman rumah? Kan ramai orang lalu-lalang. Rumah mereka kan depan masjid dan di kirinya mini market. Mestilah ramai mata dan telinga yang mengambil pusing,” lagi fikiran kesal Haji Qamar.

Sekarang menantu sulung dan menantu keduanya masing-masing berura-ura mahu mengajak suami mereka pindah dari rumah Haji Qamar.

Entahlah. Sekali fikir, elok juga mereka pindah. Pandai sangatpun kalau tak pandai berketua buat apa! Haji Qamar jelas, selagi dia ada, dialah ketua, walaupun dia hanya ada 4 Senawi, bukan Ph.D, bukan degree.

8 comments:

  1. Memamg serabut sungguh kisah ni...

    ReplyDelete
  2. Bukan salah Haji Qamar pun tapi hakikat kini memang banyak dah depan mata, masing-masing rasa dialah hero Haji Qamar. Si sulung rasa suara dia patut didengar dan si adik pun rasa dia lagi berhak, apa lagi yg baru lepas bersunat dah selalu mendengar cerita disana-sini membuat dia pun rasa dia berhak bersuara menunjuk kebolehannya... tidak sedar hj Qamar yg cuma 4 thanawi lagi bijak menilai...

    ReplyDelete
  3. buat ape nk menunjuk dgan apa yg ada kan?

    ReplyDelete
  4. itulah jadinya
    bila berdebat tiada arah yg jelas..
    jalan mana nak tuju pun tak tau..

    kadang2 diorang ni tak tau kenapa diorang perlu menjadi bijak..
    sebabnya adalah untuk berbakti kepada masyarakat negara semula..

    kalau mereka sedar.. mereka akan insaf dan akan sentiasa memperbaiki diri serta memikirkan apakah cara untuk membangunkan negara ..

    ..bukan setakat perjuangan semata-mata..

    ReplyDelete
  5. Bila dah ada dalam jamaah ni, kena la ikut keputusan syura dalam jamaah. Kalau tak setuju kena la bahas dlm jamaah. Tapi ye lah naluri manusia masing2 ada ego dan rasa diri agak lebih bijak. Kena bagitau orang ramai aku ni bijak, jadi berdebat lah depa kat laman umah tempat org lalu lalang. Dapat publisiti free. Aku pun setuju, jln terbaik keluar je lah dari jamaah dan join jamaah lain atau buat jamaah baru, amacam? Si zaid kat kampung sebelah tu aku respect, join jamaah kita dan kini dah jadi boss.

    ReplyDelete
  6. apa cakap pasal "haji-haji" ni?
    jangan buat menteri perdana terasa!.

    (hehehe)

    p/s: kalau kat Perak tak boleh sebut "hitam+metalik"

    ReplyDelete
  7. Cikli, ia umpama anai-anai yang meruntuhkan dari dalam.
    Perlukan perhatian dan tindakan segera semua pihak
    Jangan beri peluru kepada ...

    ReplyDelete
  8. Pinje kata2 mok.. "duk ikut nafsu"

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...