Tuesday, December 16, 2008

Orang PAS Tak Kusyuk Sembahyang ...?



Selesai sembahyang Jumaat di Masjid Negeri Ipoh, saya mengajak seorang kawan minum air di gerai yang banyak kedapatan di luar pagar masjid. Masjid Negeri Ipoh memang begitu hidupnya. Peniaga dapat cari makan di sekitar masjid. Jual CD, ubatan, buku, aksesori handphone, pakaian, alatan dapur, makanan apatah lagi, semuanya laku. Setiap hari begitu, kemuncaknya hari Jumaat.

Sedang saya asyik menikmati kesejukan soya di anak tekak, seorang Hamba Allah berumur lewat 40-an berserban dan berjubah yang rata-rata dikenali oleh masyarakat Masjid Negeri Ipoh mendatangi gerai tempat kami minum sambil berkata,

“Ada syeikh tadi marah kat ana bila ana kata orang Pas sembahyang tak kusyuk,” Saya tak pasti sama ada ini lontaran umpan pancing atau lontaran bom atau sekadar lontaran anak batu. Saya, kawan dan tuan gerai hanya terkebil-kebil diam. Si Hamba Allah menyambung,

“Sepatutnya dia bersyukur kerana ana mengingatkan dia. Orang Pas ramai, jadi tak semua sembahyang kusyuk, betul la ana kata. Buat apa syeikh tu nak marah.....Betul tak?”

Betul-betul pertanyaan ‘betul tak’ tadi ditujukan kepada kawan saya yang sedang meneguk air nyior. Nak terjellik kawan saya dibuatnya.

“Betul....” Jawab kawab saya, flat je bunyinya.

“Betul tak?” Dituju pula kepada tuan gerai. Belum habis Tanya, tuan gerai dah angguk cepat-cepat. Kepuasan ternampak di wajah Hamba Allah. Nampaknya dia bakal mendapat sokongan unanimous.

“Betul tak?” Dituju pula pada saya yang memang menunggu bola tanggung untuk di’spike’.

“Tak betul!” Jawab saya. Cukup untuk membuatkan si Hamba Allah tersentak. Ada pembangkang rupanya.

“Ishh...Kenapa pula tak betul? Anta orang Pas ni.....” Senang-senang saja dia nisbahkan saya dengan Pas. Padahal dia belum kenal saya pun.

“Abang cakap orang Pas sembahyang tak kusyuk secara pukul rata. Orang pas berapa ramai? Berapa ramai ulamak dalam Pas, senang-senang abang nak cakap sembahyang tak kusyuk. Abang berani kata? Nik Aziz, Haji Hadi........” Saya pula yang berceramah. Memang saya tak boleh kalau orang sengaja nak kutuk benda-benda berkaitan Parti Islam tanpa fakta. Ketar selaluh! Mungkin berjangkit dengan adik bongsu saya bokalih.

“Anta sepatutnya syukur bila ana kata begitu. Ana mengingatkan. Betul la,” si Hamba Allah cuba menyusun kembali hujahnya.

“Abang cakap betul, tapi kita bukan bercakap dalam mahkamah. Kena jawab betul atau tidak. Saya mesti jawab dengan sebab dan alasan,” suara saya mulai kendur dan mengalah. Saya tak berniat untuk berdebat. Bahkan saya mula rasa bersalah kerana seakan-akan melawan orang dewasa. Walaumacammanapun saya rasa terdapat unsur provokasi yang perlu dicantas awal-awal.

“Anta ni panas baran ni. Tak boleh orang muda macam anta panas baran...Mesti orang Pas ni!” Pas lagi!

“Memang saya orang Pas! Ni Harakah ni...” Pantas saya jawab sambil menunjukkan Harakah di tangan yang baru saya beli.

“Ok lah, maaf la ye. Orang muda jangan marah-marah. Tak elok. Ana pergi dulu,” kata Hamba Allah sambil menghulur salam.

“Maafkan saya juga bang,” jawab saya sambil menyambut salamnya. Kemas dan erat.

Sesekali saya terserempak dengan si Hamba Allah di Ipoh, terutama di sekitar Masjid Negeri. Saya ucapkan salam dan disambut segar oleh Hamba Allah. Memang dia tak ingat dan tak kenal saya, tetapi saya dan warga Ipoh kebanyakkannya kenal padanya kerana beliau boleh dikatakan seorang ‘public figure’ di sana walaupun beliau bukan artis, ustaz tv, ahli politik atau jauh sekali seorang kaki rasuah.


5 comments:

  1. Memang le nak kusyuk 100% tu tak dapat, tapi sipi-sipi tu ada...Penilai solat bukan manusia tapi Allah

    ReplyDelete
  2. jadi campur tolak, betul juga la kata Hamba Allah tu.

    ReplyDelete
  3. ooo
    kalau mcm tu
    boleh lah kata org UMNO perangai cam setan

    sebab dalam ramai2 org UmNO ada juga yg buat perangai mcm setan

    Syeikh tu tak patut marah . org UMNo pun tak patut mrh ye?

    mcm tu ke

    tak tau le

    "Don't Hate Me I'm Just An Alien"

    ReplyDelete
  4. Patutlah alien warna hijau, penyokong pas rupanya.

    ReplyDelete
  5. alien sokong PAS ?
    ayat x leh blah..

    xtaw lak aku org UMNO pemikiran kolot
    percaya kat alien

    memalukan BiRU je

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...