Wednesday, July 13, 2011

Rahasia Lelaki

Nostalgia
Semasa kecil-kecil dulu, masa bersekolah pun belum, perkara yang paling aku tak suka ialah apabila nak kencing tengah-tengah malam.

Rumah kampung, gulap gulita, tandas kat luar belakang rumah. Takut oii nak pergi seorang. Nak kejut mak pun kesian kat dia tengah nyenyak tidur. Nak kejut ayah? Tak berani oiii....Ayah garang bangat (masa tu la, pada pandangan kecilku).

Kakak-kakak yang dah besar tidur dalam bilik mereka, abang pun tidur dalam bilik (baca:stor) dia. Kami yang kecil-kecil tidur bersama mak dan ayah atas tikar dalam kelambu tengah balai rumah.

Dalam gelap gelita aku merayap keluar kelambu. Tanganku meraba-raba lantai (gelegar) yang tak sama tinggi dan tak rapat . Tanganku berhenti pada papan lantai yang agak renggang. Maklumlah rumah kampong dulu-dulu lantai rumah kayunya tak sama, banyak papan yang tak rapat.

Setelah berpuashati dengan lokasi yang dicari. Lantas ku halakan ‘anu’ ke renggang lantai dan ....jusssss....... tak payahlah aku ke tandas. Senangnya menjadi budak lelaki.

Lama-kelamaan rahsiaku di ketahui kakak-kakakku dan dia berjaya membuatkan aku berhenti dari melakukan ‘kerja senangku’, katanya dengan gaya penuh meyakinkan,

“Loh la, buat la lagi.... Nanti ada 'sesuatu' tarik k*n*k mung dari bawah rumah!”

** Entry recycle dari 30/9/2009. Masih banyak kerja. Masih dok dang nok mikkir.

13 comments:

  1. keno pulok ado supik rokrat bawoh rumoh.. sebutir rumoh bunyi huhuhu

    ReplyDelete
  2. haha...rahsia lelaki...lawoknyo la.haha2...

    ReplyDelete
  3. Ayah adeq pun kata dia pernah jgk buat lagu tu..mcm indah je kenangan tu yek..

    ReplyDelete
  4. Haha...ok lagi tu...ada jugak yang takut nak ke tandas terkencing atas tilam..lagi parah dan kena 'bleber" dengan mak..hehe..
    Salam singgah..

    ReplyDelete
  5. rahsia lelaki rokah pokok betik

    ReplyDelete
  6. Memang senang sungguh lelaki ni kalau dalam kereta hulur je dalam botol mineral...(masa2 jalan jammed tu...)

    ReplyDelete
  7. salam bro
    bukan ke memang sekarang ni suka kencing malam ?

    gua ada tengok certa julajuli bintang 7 dan highlander

    ReplyDelete
  8. Untungnya lelaki boleh disesuaikan mengikut keperluan dan keadaan semasa.

    ReplyDelete
  9. tu laa untungnya jadi lelaki..hehe

    ReplyDelete
  10. kadang2 proses 'tarik' tu menyedap kan....

    ReplyDelete
  11. hahaha... budak2...

    pastu tak basuh..waaaaaaaaa

    ReplyDelete
  12. pecah rahsia!!!!!senang ye jd budak lelaki.....he

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...