Klik sini untuk ceritanya. AlFatihah untuk pahlawan kita. |
aku memandang arus sungai yang mewarnai skyline Kota Bharu
sambil bertanya kepada Tok Janggut
Di atas Jambatan Sultan Mahmud yang gah
aku memandang pondok tol yang ditutup Hj. Hadi
sambil bertanya kepada Haji Abdul Rahman Limbong
Di atas flyover ke Ayer Keroh di Melaka
aku menyampah melihat billboard bermuka Ali Rustam
sambil bertanya kepada Dol Said
Di atas jambatan di Ranau setelah kepenatan memandu dari Tawau
aku berhajat singgah di kedai sup gadis Dusun bertudung yang cantik
sambil bertanya kepada Pahlawan Mat Salleh
Di tepi Sungai Sarawak dikala mencari gambir
aku asyik terkenangkan isterinya dan Taib Mahmud
sambil bertanya kepada Rosli Dhoby
Di atas Jambatan Sayong di Kuala Kangsar
aku membandingkan Zambry dan Nizar
sambil bertanya kepada Dato' Maharaja Lela
Di kala atas jambatan merentasi Sungai Rompin
aku cuba sedaya melupakan si Jarjis di New York
sambil bertanya kepada Datok bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau
Dikala dekat jambatan kayu di Sungai Ramal, Kajang
dek tersesat mencari kedai satay Haji Samuri
aku ternampak berkelompok manusia memakai baju kuning
sambil bertanya kepada Leftenan Adnan Bin Saidi
Benarkah kata mereka kita merdeka di meja rundingan tanpa setitis darah?
TIPU!
ReplyDeletemungkin sudah masanya kita menolak makanan diplomasi yang semakin basi kita rasa..
ReplyDeletekita harus bertanya pada orang belanda..orang portugis, orang british,orang jepang dan komunis.
sejarah....
ReplyDeleteyang dalam buku entah betol ke tak...
Yong suka puisi ini. Boleh Yong simpan?
ReplyDeleteyong silakan.
ReplyDeletepuisi untuk difikirkan bersama.
semasa skolah rendah, rumah sukan saya ialah KUNING. selalu jadi juara tau! :)
ReplyDelete*sini tak de sunday blues kan? :)
Menarik puiisi ni. kalau diizinkn, sy nak share kt FB saya dan sy sertakan link sahabat.
ReplyDeletetukar style menulis kah?
ReplyDelete:)
merdeka tanpa pengorbanan, titisan darah bukanlah kemerdekaan yang sebenar kerana perjuangan, kawannya pengorbanan..... mungkin hingga terkorban.
ReplyDeletemana pewira negeriku?
tak nampak pun kat sajak tu..
:(
Sajak yang hebat untuk Hang Jebat.
ReplyDeleteCikli, Tanah ini sudah parah...
ReplyDeletegedek!,
ReplyDeletebudaya kita terlalu senang memaafkan penipu
ghost writer,
ReplyDeletesejarah perjuangan kita hanya bermula dgn penentangan terhadap malayan union nampaknya.
vampire's lovex,
ReplyDeletekalau tak ikut buku, tak pass periksa kita nanti.
blog-tips-kurus,
ReplyDeletesayapun rumah kuning, rajawali. selalu corot.
disini blues hanya apabila menerawang jauh ke tengah laut cina selatang.
shameel dipersilakan. terima kasih berkunjung.
ReplyDeleteputeri,
ReplyDeletepak samad kata sajak dah jadi senjata!
google jugak perwira kedah, yang keluar nama sanusi junid!
di atas jambatan merentasi terusan wan mat saman
aku mendongak mencari padi di atas bumbung
sambil bertanya kepada ustaz azizan
puas hati?
tuan sot,
ReplyDeletepahlawan kita dulu digambarkan memberontak kerana tak masyuk duit cukai....
bagi saya perjuangan nak merdeka bermula sebaik sahaja melaka jatuh ke tangan portugis.
naeblog,
ReplyDeletesebab itu kita perlu tanam padi atas bumbung gamaknya.
Sajak yg cukup bermakna..
ReplyDeleteBila sebut merdeka je, semua hanya ingat Tunku..
Yang lain2 sekadar penambah mukasurat buku sejarah..
Terima kasih sbb izinkan saya share kt FB
ReplyDeletepadlie,
ReplyDeleteyang lain digolongankirikan.
oh malaysiaku
shameel,
ReplyDeleteno prob bro
Yang di tekankan sekarang hanya Dato M Daud Kilau...
ReplyDeletepuisi ni utuk semangan ,apa? tahun berapa?..wakakakah
ReplyDeletecikli,
ReplyDelete"di atas jambatan merentasi terusan wan mat saman
aku mendongak mencari padi di atas bumbung
sambil bertanya kepada ustaz azizan
puas hati?"
puas2.. hehehe.. letak dalam entry sekali k..
updated punya :D
"Benarkah kata mereka kita merdeka di meja rundingan tanpa setitis darah?"
ReplyDeleteMasa saya sekolah dulu pun, cikgu sejarah cakap macam tu!!!
Janganlah Raja sekarang buat kesilapan seperti Raja Raja dahulu...
ReplyDeleteBlog Baru >> http://savebudget.net