Cikgu Puji adalah cikgu PE yang tersohor di MRSM Kota Bharu. Dia warden dan juga cikgu disiplin. Aku sendiri (yang baik ni pun) bersama Gudung, Riming dan seorang lagi member pernah makan penampar tawarnya kerana kantoi tengah main 4 ratus semasa AGM koperasi sedang berlangsung di Dewan Besar.
Hero Kelate dulu dan kini |
Cikgu Puji aktif bersukan. Yelah nama pun cikgu PE. Dia ada black belt karate (warna hitam!) dan menjadi jurulatih kelab karate maktab. Dia juga menjadi jurulatih bolasepak maktab. Di bawah bimbingannya banyak pencapaian maktab yang boleh dibanggakan di peringkat negeri Kelantan.
Kelebihan Cikgu Puji, walaupun dia cikgu disiplin yang paling berjaya dalam arena menangkap budak hisap rokok dan curi keluar malam, dia masih boleh berborak mesra dan santai dengan para pelajar.
Suatu hari Cikgu Puji dikelilingi pelajar di bangku dekat Taman Hamid Yaman.
"Payoh Kelate nak menang Piala Malaysia," Cikgu Puji membuka topik bola.
"Bakpo cikgu?"
"Tengoklah jersey bola tu....penaja kita syarikat rokok, DUNHILL. Sebab tu lembik, tak sihat, tak cergas," tegas Cikgu Puji sambil membetulkan spek raybannya.
Sorang-dua member yang memang perokok tegar buat-buat mencari cacing dengan menguis-nguis kaki ke tanah.
"Cuba di jersey team kita tulis 'Nasi Air Moksu Nab'. Mesti boleh menang," Cikgu Puji sambung lagi, merujuk kepada kedai nasi air tersohor di Kelantan di Berek 12.
Sekarang aku lihat memang ada kebenaran kata-kata Cikgu Puji walaupun dia joke je dulu tu.
sekarang baru gua faham kenapa pahang sudah turun ke liga perdana musim depan, sebab ada orang dari pekan pahang sudah jadi penykong no 1 kelantan.payah kelantan musim depan mesti serabut punya
ReplyDeletekasi sengaaaat sama dia.leng-leng maaa..kasi rasa semua negeri pegang itu piala.
ReplyDeletebuat masa nih kelantan tengah superb.macam itu chelsea jugak.
cikgu sukan pandang ke depan =)
ReplyDeleteCikgu Puji memang hebat!!!
ReplyDeleteGEDEBAN...!!! macam kata tuan rumah dalam cerita P.Ramlee 'Masam2 Manis'
main 4 ratus???
Salam Tuan,
ReplyDeleteYe, betulllll sekarang Red Worrior kito ganassss dan garang, digeruni. Ade kaitan tu beberapa peratus dengan kata-kata Cikgu Puji tuh..hahhahahahah. Semoga sentiasa Happy....
Semoga happy sokmor.
ReplyDeleteseorang guru yang hebat...
ReplyDeleteIni baru RAKYAT!
ReplyDeletemajulah sukan untuk NEGARA
ReplyDeleteNEGERI
DIRI SENDIRI
hehe..
puteri? sukan?
er..
boleh kicikkkan saiz tulisan x?
....yang selalu masuk cuma
isi air dalam botol.. hehe..
ops.. sukaneka tak sama ek ngan sukan
ada perkataan 'sukan' jgak pe 'sukan'eka tew
Kawe puji Cikgu Puji...
ReplyDeletehehek ..dalam gurauan pun ada kebenaran
ReplyDeletetak berkat team kelantan kalau Dunhill yang sponsor..
ReplyDeletewah.. ada kebenaran juga disitu.. kat jersey Malaya sapa sponsor ek?
ReplyDeletebetol jugak ehhh..penaja nye company rokok,memang game x sihat,pemain pon x sihat hehe...
ReplyDelete