Wednesday, July 6, 2011

Gua Pun Nak Report Pasal BERSIH

Air bersih
Saya nak report tentang satu puak yang menamakan diri mereka bersih yang katanya nak adakan acara berjalan kaki pada Sabtu 9 Julai 2011 atas sebab-sebab berikut.

  1. Nama dia BERSIH menjadikan sesiapa yang menentangnya sebagai kotor dan jijik.
  2. Rally oleh BERSIH akan mencetuskan kekacauan kerana ada puak Merah Patriot dan Perkasa mahu bertembung secara jantan.
  3. BERSIH akan menjatuhkan kerajaan Umno BN kerana rakyat semakin sedar dengan 8 tuntutannya.
  4. BERSIH memalukan pihak berkuasa kerana terpaksa menangkap orang pakai t-shirt kuning bertulis bersih.
  5. BERSIH meniru nama Mr. Clean Pak Lah.
  6. Bila orang yang otaknya BIRU karat dan pekat terpedaya dengan dakyah warna KUNING bersih, secara teorinya warna HIJAU akan terhasil. Itu paling bahaya.
Itulah saja report saya. Gatallah baju kuning ni. Patutlah murah.

11 comments:

  1. Hahhaa...aku tak sempat nak beli....habis dikebas pak polisi....katanya nak melawan agong....
    jumaat lepas selepas sembahyang jumaat, ditengah pekan georgetown dan di tengah jambatan pulau pinang, puak2 yg kononnya menentang bersih, membuatkan jalan jem yg teramat di dua tempat berkenaan...yang hairannya polis siap berkawal utk diorg.......

    ReplyDelete
  2. Lagi satu..thanks..keropok dah sampai..hari minggu ni petang2 leh makan keropok sambil minum kopi kapal api..hehehe

    ReplyDelete
  3. Cikli, cikgu lukisan kat sekolah pun cakap macam no.6 juga...teori n praktikal tepat 100%

    ReplyDelete
  4. saya terima reportnya cikli...saya dah masukkan dalam data komputer untuk dibentangkan dalam minit mesyuarat menjelang pilihanraya umum nanti..haha

    ReplyDelete
  5. angkara Bersih
    semua stok baju t/blaus/ dan pakaian lain
    yang berwarna Kuning telah ketiadaan stok
    terutamanya baju t ada ada tertulis 'BERSIH'

    ReplyDelete
  6. salam
    he he..warna sekunderke warna perimear...tah betul ketidak tulisan gua... elok otak biru dan budaya kuning tu jadi hijau..hijau kan orang suka..kuning pun kita kekadang suka.

    ReplyDelete
  7. Biarlah bersih luar dalam.

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Cikli, dalam perut sudah ada keropok itu.
    Terima Kasih^^

    ReplyDelete
  9. Entri yang penuh unsur kebersihan dan kesucian.Di selitkan juga unsur unsur sains sejagat..

    Blog Baru >> http://savebudget.net

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...