Friday, July 22, 2011

Pulanglah Perantau

18 tahun yang lalu
Aku berlabuh di Masjid Chalok untuk ke tandas sekejap. Waktu zohor masih jauh.

Semasa ingin berlepas meneruskan perjalanan ke Kelantan, kelihatan seorang pakcik baru sampai dengan sebuah kapcai. Begitu awal dia datang untuk rutin zohornya. Dia melihat kepadaku yang berada di dalam kereta.

Si pakcik terus melihat dan mendekati. Aku turunkan cermin kereta dan tersenyum.

"Oh! Ingatkan anak pakcik," katanya semacam ada kesalahan dalam nada suara tuanya.

"Dah lama dia tak balik. Dia di Selayang," bagitahu dia lagi tanpa dipinta.

Aku hanya boleh menguntumkan senyuman yang paling manis moga-moga dapat menjadi ubat bagi penyakit rindunya. Aku meneruskan perjalananku bersama sebuah wajah rindu seorang pakcik tua.

13 comments:

  1. tanya alamat anak pakcik tu..nanti pergi terjah rumah anak dia

    ReplyDelete
  2. Kesian ayah yang terpaksa merindu anaknya. Anaknya tak balik, sampai hati.

    ReplyDelete
  3. gambar cikli ke tu yang 18tahun dulu tu yang pakai spek mata tu...

    smart demo mudo2 dulu
    hihi

    ReplyDelete
  4. Sedih bila baca ni.. Pulanglah ke pangkuan keluargamu...

    ReplyDelete
  5. tiba2 air mata brgenang...dada sarat dgn kerinduan pd abah di kg......

    ReplyDelete
  6. lagi 3 tahun aku akan sama dengan anak lelaki pakcik tuh.lama sangat di perantauan..sayu beb.

    ReplyDelete
  7. tak balik pun sekurang kurangnya hantar lah khabar berita..zaman sekarang tak ada sebab untuk tidak berhubung..nak dengan tak nak saja.

    ReplyDelete
  8. wahhhh rndu nye bapak tu kat anak dia...

    ReplyDelete
  9. Cikli, aku takut mok su terjah mu lak..."saper tu..." hahahaha...

    ReplyDelete
  10. baliklah... musim buah sekarang ni...
    bolehlah jenguk mak ayah
    Ingatan: Jangan niat balik kampung kerana musim buah!

    ReplyDelete
  11. ksiannye pkcik tuh. rndukan anknye mgkin

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...