Selepas punch-out pukul 5 setengah, perut rasa berkeroncong.
"Lil, jom minum," aku mengajak Khalil kawan seofis.
Kami pergi minum di warung berhampiran ofis. Aku order roti canai kosong dan kopi Radix mai secawan. Khalil order nescafe beng.
Kami berbual hal kerja. Lama. Lama. Lama.
"Lil, aku nak buat gap analysis la", aku membuka topik perbualan baru.
"Hang nak buat projek apa pulak ni?" Khalil bertanya. Antara minat dengan tidak.
"Bukan projek. Ni pasal warung ni....." Aku menggantung ayat.
"Awat warung ni?" Tanya Khalil lagi.
"Ye lah, hang tengok brader sebelah kita tu. Datang sama dengan kita. Sekarang dia dah basuh tangan. Dah habis roti canai dia. Yang aku punya tak sampai-sampai lagi.... Gap tu yang aku nak kaji, entah dia buat atau tidak roti canai aku," sahaja aku lepaskan perasaan, gap analysis yang menjadi mangsa. Maklumlah perut aku berkeroncong. Lunch tadi tak makan.
Entah macam mana aku jadi sabar hari ini. Akhirnya roti canai aku sampai dikala brader sebelah tadi agaknya dah sampai rumah pun.
Hmmm....Sedih betul Melayu berniaga.
salam tuan,
ReplyDeletebanyak mian tul peniaga tu ye, sabar, sabar, sabar ye.....
anata wa totemo shinsetsu desu.
adoi kasihannya..
ReplyDeletesaya pun pernah..
order lebih setengah jam dah..
pergi tanya kaunter, cakap tak siap lagi
(tak buat lagi)
saya pun.. cakap..
"tak apalah, cancel yang tadi"
Bro... kenapa selalu jadi kat melayu? Aku banyak kali macam ni...
ReplyDeleteBoleh tak setiap entry ada ilustrasi... rindu la... (pertama kali aku rindu pada lelaki...)
cikguzam,
ReplyDeletehait hait hait domo
puteri,
ReplyDeletesabar je la...
gedek,
ReplyDeletesebab orang melayu je makan kedai melayu..
rindu ye..ngilunye.