Saturday, January 15, 2011

Orang Guchil Paling Setia Kepada Negara


Pukul 4.15 am, bas express Mahligai sampai di Pekan Guchil. Perjalananku yang bermula dari Putrajaya pada pukul 9.00 malam tadi tamat di sini. Aku turun. Bas meneruskan perjalan ke Kota Bharu.

Aku berjalan ke rumah bondaku yang tidak jauh mana dari jalan besar. Jalan di dalam Guchil terang benderang disirami lampu. 4.30 pagi sampai di tangga rumah.

"Assalamualaikum!"

Tiada jawapan. 4.30 pagi semestinya masa melayan mimpi dan dengkur.

Tok! Tok!

Aku mengetuk pintu dua kali. Sesaat, dua saat, lapan saat, 30 saat. Tiada jawapan.

Aku keluarkan handphone. Yes! Ada line 3G.

Aku buka beg galasku. Keluarkan komputer. On. Cucuk Celcom Broadband. Dengan senang aku dapat line internet. Hidup Guchil. Maju! Maju!

Dalam kegelapan itu, aku buka Internet Explorer. Buka YouTube. Search.........Negaraku.

Volume maximum.

Play.....

Negaraku

Tanah tumpahnya darahku....

Rakyat hidup
.
Bersatu dan ..........krek kriok........

Tingkap dibuka.

"Eh! Abe Li balik.....lama dah?" Adik iparku terjongol di jendela sambil berdiri tegak.

Jadi para pemimpin sekalian, jangan persoalkan kesetiaan rakyat biasa macam kami ini kepada negara. Tengah syok mengigau pun, apabila dengar lagu Negaraku, kami terus bangun..... Wahai para pemimpin, tanyalah diri anda sendiri, cintakah aku pada Negara? Jika jawapannya Ya...Aku cintakan Malaysia....Hentikan rasuah dan pembaziran harta rakyat.

6 comments:

  1. Pak Man tabik ......hidup orang Guchil!

    ReplyDelete
  2. Salam Pakman,

    Guchil Kuala Krai, bukan Guchil Kota Bharu...

    ReplyDelete
  3. respek2!

    sama macam kes namawee
    er.. ejannya betol dah rasa..

    lagu macam yang dia wat tu
    walaupun ada org cakap 'tak bagus'
    tapi dia tu kira patriotik lah
    wat lagu utk negara..

    dan saya tau kenapa org marah sangat dekat dia dan lagu dia tu..

    sebab ada cakap pasal polis-rasuah

    kan3

    ReplyDelete
  4. puteri,

    bersikap kurang ajar macam nawamee bukan cara for better malaysia.
    nak lawan rasuah juga bukan dgn cara berkurang ajar.
    kalau kita bersikap kurang ajar, satu saja kesannya....iaitu orang akan kata mak bapak kita tak reti jaga anak.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...