Friday, October 7, 2011

Sejenak Bersama MP di Kg Baru

Pukul 2 petang, aku keluar mencari makan. Perut sudah berbunyi.

Aku masuk ke sebuah restoran. Di satu meja, aku nampak tiga kelibat manusia yang aku kenal. Tapi tentunya mereka tak kenal aku. 

Aku senyum dan menghulurkan salam.

"Assalamualaikum...."

"Waalaikumussalam...... Duduk sekali dengan kami."

Mahu tak mahu, aku terpaksa duduk semeja dengan mereka. Aku yang lapar, terus jadi tak berapa lapar. Seganlah aku nak melahap nasi apabila mereka hanya minum kopi dan teh.

Mereka adalah ahli-ahli parlimen yang aku cukup hormati. Mereka cukup vokal di Parlimen. Hujah mereka di Parlimen cukup bagus. Hari ini, aku perhatikan perbualan mereka pun berkisar tentang isu semasa negara. Ekonomi, sosial, politik, pelajaran ...

Aku hanya mendengar dan kadang-kadang mengangguk. Sambil menghirup teh tarik walaupun sebenarnya perut aku amat berhajatkan kepada nasi beriani ayam tandoori.

"Masyarakat kita makin tak selamat lah,  rompak, ragut, buang bayi, simbah asid.... Hisshhhh apa nak jadi...." MP yang bermata sepet mencurahkan isi hati.

"Huh... Kos sewa flight sampai 9 juta! Cincin 24 juta! Beg berjuta-juta! Senggara rumah pun juta-juta! Subsidi rakyat pula yang kena potong.... Barang naik..." MP yang bemisai pulak melampias perasaan.

"Dulu isu hantu bonceng, sekarang hina hudud pulak... Artis ni pun satu hal, kalau tak tahu, jangan komen. Ini main sedap mulut dia aje. Wartawan pun pi tanya artis buat apa? Hmmm.... Hukum hakam sekarang jadi permainan depa ni..." MP berkopiah pulak berlamenting.

"YB....." Aku mengangkat muka.

"Mereka tu melakukan jenayah, boros, jahil sebab tak belajar. Kalau belajar pun tak habis. Mak mereka suruh pergi sekolah dulu, PONTENG......."

MP MP MP itu masing-masing berpaling kepada aku yang bersuara lagak macam speaker Dewan Rakyat.

"YB semua pun patut hadir sidang parlimen sekarang. Bukan PONTENG di sini........ !!!!!" Aku mengeraskan suara sekeras perutku yang menahan lapar.

22 comments:

  1. yg peliknya si wartawan pn mcm xabis sk..ada ke patut p tnya org yg xbrkaitan.......

    ReplyDelete
  2. nasib baik MP kuala krai dr hatta telah hadir tanpa gagal.

    ReplyDelete
  3. ckp kat kdi ckp kosong kot..

    ReplyDelete
  4. MP pun dah reti nak PONTENG sidang parlimen.patutlah tak jalan apa yang nak disuarakan.bergegar kat meja kopi jer.alahai..

    ReplyDelete
  5. mmg pun x relevan cincin harga 24 juta tu...

    ReplyDelete
  6. kalau xnk jadi ahli parlimen meh sni aku nk jadi...kahkahkah

    ReplyDelete
  7. wartawan sengaja tanya artis soklan tu....

    ReplyDelete
  8. cikli..
    betul tuh, sebab tu oghe suruh ngaji habih.. kalu ngaji tok habih ni la pekdoh nyo.. :)

    ReplyDelete
  9. Sekarang ni bila bercakap, semua main juta. ribu riban tak main lagi.

    ReplyDelete
  10. Hahhahaaaaa.....lepas diorg belah leh la pekena nasik beriani....hehehee

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...