Monday, October 17, 2011

Dibayar Untuk Berfikir

Aku tak faham kenapa ofis-ofis di Malaysia selalu ada langsir atau blind yang sentiasa tertutup. Apa salahnya jika cermin tingkap tidak dipasang langsir langsung. Jadi tak perlulah disediakan pencahayaan yang banyak. Jimat tenaga. Jimat duit.

Hari ini pukul empat petang, tempat kerja aku black-out satu bangunan. Komputer off. Suasana gelap. Hanya tempat yang ada cermin tingkap sahaja yang cerah.

No electricity simply means the punch-card is not functioning. Apalagi, ramailah yang ambik peluang cabut awal. "Nak buat kerja apa, gelap," kata mereka. "Komputer pun tak boleh guna," tambah mereka lagi. Padahal dulu-dulu kerja tak pakai komputer pun (Kata-kata boss yang aku pinjam). Yang sebenarnya, kepala kantor tiada! Itu yang penting dan afdal.

Masing-masing blah. Aku masih tersandar di kerusi depan komputer di dalam kesamaran.

"Tak balik ke?" Tegur seorang ofismet.

"Kerja gua banyak kena fikir.... Dalam gelap ni pun gua boleh termenung dan berfikir," jawab aku dalam hati. Kalau jawab luar hati, jadi takbur pulak.

Jadi, termenunglah aku di dalam gelap itu sehingga 17.02, barulah aku blah.


14 comments:

  1. mana nak cari pekerja macam Cikli nih,bertahan sehingga tamat waktu kerja.kalau aku pun,bro.agaknya dah lama blah gak.aiseh..

    ReplyDelete
  2. kala tak suka suruh ajer dia benti heheh

    ReplyDelete
  3. kalau jadi cikgu, black-out ke, gelap ke, cerah ke, hujan ribut ke pengajaran n pembelajaran ttp brjalan mcm biasa....Alhamdulillah....

    ReplyDelete
  4. gua gelisah berok kalau takde letrik....

    (takot tak boleh apdate belog)

    ReplyDelete
  5. Sebab tu saya tak boleh makan gaji sebab saya bimbang saya tak amanah masa kerja nanti...

    MyKad Gergasi
    Taman Negara Package
    Travel Online Shopping

    ReplyDelete
  6. dok sabah dulu bkn setakat letrik tapi air pun kdg2 samapai 3 hari takde. trpaksa guna air mineral utk berwuduk

    ReplyDelete
  7. Renung dan fikir dalam kegelapan. Tahniah kerana tidak curi tulang.

    ReplyDelete
  8. Tak ada letrik, maknanya tak ada aircond. Mana boleh kerja panas. Bangunan2 pun dibuat tak ada pintu sebab masa buat tu dah tahu nam pasang aircond, tak terfikir pulak macam mana kalau bekalan eletrik terputus!!

    Tok pro aktif sungguh masa buat bangunan.........

    ReplyDelete
  9. Maaf bukan tak ada pintu, tapi tak ada tingkap. Tersilap, tak ada pintu tak boleh masuk ofis pulak.

    ReplyDelete
  10. dulu kalau blackout .bos yg suh balik hehe

    ReplyDelete
  11. Bro, langsir/blind tu tuk halang cahaya matahari masuk, so tak panas jadi dapat jimatkan sikit air con....hehehhe....teringin gak nak takde letrik macam tu kat office...hehehehee

    ReplyDelete
  12. Masing-masing punya cara pemikiran laa kan... No Komen...

    WuMing kerja luar... tak ada punch card.. Cuma pagi saja masuk ofis...Petang kadan-kadang tak balik dah..

    ReplyDelete
  13. waaa
    bagusnyeeeee
    pekerja yg bagus
    menikmati waktu kerja nameney tu =]

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...