Saturday, October 15, 2011

The Red Warriors Hebat, Pendekar Penyu Laaagi Hebat

Pendekar Penyu atau Master Roshi

Sudah nasib jurulatih M Karathu rezekinya hanya setakat suku akhir sahaja apabila bersama team Kelantan, macam dulu juga, walaupun kali ini sumber yang ada jauh terlebih baik.

Walaupun ramai yang sudah mula bercakap macam jurulatih Malaysia, K Rajagobal, iaitu cakap-cakap tentang perancangan masa hadapan, apa yang berlaku belakang-belakang perlu juga diambil teladan.

Bukan TRW tak kuat, tetapi Pendekar Penyu yang ternyata hebat. Dan Sang Penyu tak pernah melukakan hati ramai orang dengan sering rela diperkakaskan untuk memeriahkan program politik parti terdesak sehinggakan seorang penyokong Manchester United yang berasal dari Pahang dinobatkan sebagai penyokong no. 1 TRW di dalam satu majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sebuah sekolah SK di Machang, Kelantan.

Kadang-kadang lidah penyokong yang terkechewa ni masin!
.
**Info tambahan.
Goku dan transfomasinya Super-Saiyannya

Pendekar Penyu juga dikenali sebagai Master Roshi adalah tok guru kepada Son Goku iaitu Pahlawan Supper-Saiyan yang terhebat. Pendekar Penyu atau Master Roshi sering membawa cengkerang penyu atas belakang. Sekali dia buang cengkerang... Berdesup ringan tubuhnya bergerak. Kelemahannya hanya satu, suka sekodeng perempuan walaupun dia dah tua bangka, terutama yang gadis-gadis. Sebab tu dia sentiasa pakai spek hitam.
Pendekar Penyu memang tak lepaskan peluang sekodeng
.
Harap info ini dipergunakan oleh management TRW apabila berhadapan dengan team Pendekar Penyu di masa hadapan. Cuma satu saja pesan aku untuk management TRW. Jangan jadi macam Encik Satan. En. Satan ni juara Seni Bela Diri Dunia juga, tapi semua tu semata-mata luck dan tipu daya dia sahaja. Dia hanya menuai jerih-perih orang lain dan memanipulate media sahaja, tetapi di mata penyokong yang kebanyakan tak mahu berfikir, dialah wira, hinggakan Goku pun boleh kalah dengan dia. Encik Satan sehinggakan mempunyai bandar sendiri, Satan-City. Heh! Macam di real life la pulak.
Incik Satan, memang pembelawok besar

Tak percaya, tengoklah sendiri. Youtube je lah...

21 comments:

  1. Simbolik yg indah Cikli. Kakak tersenyum sendiri kerana dah itulah kenyataannya. Sayangnya masih ramai yg masih lena diulek mimpi yg indah-indah belaka. Macam kita tengok bulan terang, cahayanya waduh... tak tahu cahaya itu dari matahari dan bila menapak di sana banyak lobang sana-sini...

    ReplyDelete
  2. hahahhaha mcam pengkomentetor karton pon ada hehehehe :p

    ReplyDelete
  3. heheheheh follower #120 heheh soooo follow gak yeaaaaa tq

    ReplyDelete
  4. TRW cuba lagi tahun depan. Ibarat MU lwn YNWA malam ni...yg akan di menangi oleh YNWA. He he. Ada badi.

    ReplyDelete
  5. Tk pernah tgk dragon ball hehe komen mcm takde kaftan dgn entri...

    ReplyDelete
  6. pandai tul Cikli nih manipulate citer ek..haha.

    nak wat camner,perjuangan setakat tuh saja.saingan akan datang,bykkan strategi lagi.baru leh conquer..

    ReplyDelete
  7. BOLA ITU BULAT DEPA KATA HAHAHA ,ULASAN MENGALAHKAN DJ SUKAN TAHNIAH !

    ReplyDelete
  8. Betoi tu amuraria.. Ulasan cikli ni mmg hebat2..

    ReplyDelete
  9. TRW perlu bangkit utk tahun hadapan. Biasalah bola itu bulat.

    ReplyDelete
  10. gua paling minat master rosi bab gatal..tu memang rare

    ReplyDelete
  11. hohooo.. xper.. season depan ada ag.. huhu

    nk taw nikmat dunia? jom bacer...
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/10/6-nikmat-dunia.html

    ReplyDelete
  12. apa pn kelate + ganu tetap brjiran.....

    ReplyDelete
  13. "sebenarnye, dragon ball ada 7 biji kesemuanya..." - ayat ini paling diingati

    dulu geram pada En.Satan (bila baca komik mutiara naga)
    Sekarang sangat geram pada orang yang bersikap seperti En. Satan dan pengikut membuta tuli...

    suka watak Bezita ...

    ReplyDelete
  14. xpe.. TRW cuba lagi musim depan.. ni semua rancangan

    ReplyDelete
  15. Bro, nasib baik aku tak berapa minat bola...hehehehe....tapi Dragon Ball memang feveret..!!!masa study dulu memang kumpul buku dia hehehehe....

    ReplyDelete
  16. Singgah tumpang baca jerlah.

    ReplyDelete
  17. pendekar penyu son goku..haha.mungkin guna tenaga kamehameha..

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...