Saturday, January 10, 2009

Boikot Atau Mogok ?


Assalamualaikum.

Bagi saya memboikot janganlah jadi macam kita pula yang kena sekatan ekonomi. Itu tak boleh, ini tak boleh. Dah semua barang depa! Banyak dari US, kalau dari Israel tu senang cerita.

Saya bersetuju dengan boikot terpilih. Boikot barang-barang tertentu sahaja.

Puak dia pun macam satu batang tubuh juga. Pulas paha lembik kanan, sampai ke anak telinga sakitnya.

Boikot mesti berterusan. Bukan sekadar mogok atau ugut. Jadi bagi saya kena pilih betul-betul barang yang kita can live without it. Kita dan anak-anak kita. Keluarga dan masyarakat.

Barang-barang yang mencekik darah, mendatangkan bahaya, syubhat, takda faedah sangat inilah yang patut diboikot dahulu.

Kalau nak boikot USD, mulakan dengan menderma kepada rakyat Palestin dalam matawang selain USD. Kalau nak declare derma pun biarlah dalam RM.

Cadangan saya, kita mulakan balik dan promote CUTI UMUM hari JUMAAT untuk menjadi sebahagian daripada boikot kita.

Allahu A'lam.

2 comments:

  1. salam. nak maklum syaila, sahabat anta masuk hospital Ipoh. Skang kat ICU.Kena attack darah tinggi dan kencing manis. Harap leh doakan kesihatan dia. hrp maklum

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...