Friday, January 2, 2009

Hidup Palestin !


Hidup Palestin !

Untungnya mereka kerana dicari syahid.

Kepedihan melihat anak-anak dan orang tua kesejukan, kebuluran, terlantar kesakitan tanpa ubat rupanya tidak cukup. Bedilan roket dan hujan peluru mungkin juga tidak cukup untuk memenuhi nafsu dan selera Zionis dan proksi durjana.

Kelukaan akibat tindakan rakan seIslam yang terangan bersifat munafik lebih dalam daripada luka tindakan kejam tak bertamadun Yahudi dan proksi laknatullah. Sabotaj si munafik sememangnya tidak berhenti di Badar, mereka menggigit luar dalam. Tak berhenti.

Yang perlu berani untuk bertindak dan bercakap sebenarnya kita. Bukan mereka yang sudah berzaman mempertahankan Baitul Maqdis. Sedang tidurpun mereka boleh kena bom. Balik sembahyang subuh pun mereka boleh terkena roket.

Kita yang perlu berani. Kita dan ketua-ketua kita.

Betullah kata pejuang hak asasi kulit hitam Amerika, Martin Luther King Jr. suatu ketika dahulu,

"In the End, we will remember not the words of our enemies, but the silence of our friends."



Ya Allah. Semoga apa yang berlaku ini menambahkan keyakinan kami pada janji Akhirat dan Hari Pembalasan Mu.


.

3 comments:

  1. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.. Selamatkan lah umat islam di bumi Palestin, Iraq, Chenya, Khasmir dan seluruh dunia.

    ReplyDelete
  2. nak pinjam ayat martin luther boleh?

    ReplyDelete
  3. asal, silakan... it's luther's not mine. kot-kot dia pun pinjam neighbor dia punya kata-kata.

    izraai, aminnnnnn.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...