Thursday, March 12, 2009

Akikah, Cikgu Lah dan PPSMI

Alhamdulillah.


Semasa balik kampong baru-baru ini sempat saya menyempurnakan akikah untuk anak teruna bongsu saya. Walaupun si hensem boy berada nun jauh di Sabah.

Majlis selawat sedang elok pula dengan maulid Nabi SAW pada 12 Rabiul awal. Elok sangat tu.

Salah seorang tetamu yang datang adalah cikgu lama saya iaitu Cikgu Lah.

Cikgu Lah mengajar saya pada tahun 1979. Masa itu saya di Kelas 1 Merah, Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil. Dia mengajar Bahasa Inggeris. Orangnya memang bekeng.

Suatu hari semasa sedang asyik mendengar cikgu mengajar, pintu kelas diketuk.

“Cikgu....... Nak panggil budak nama Cikli, Cikgu Lah suruh panggil.....” 2 orang pelajar darjah 4 meminta kebenaran cikgu yang sedang mengajar dan membawa saya ke kelas budak darjah 4. Di situ Cikgu Lah sedang duduk di meja guru dengan bengkengnya.

Cikgu Lah terus bertubi-tubi menyoal saya beberapa vocabulary mudah. Saya jawab dalam keadaan tertanya-tanya. Murid kelas itu hanya jadi penonton.

“Sikat apa dalam Inggeris,” soalan terakhir Cikgu Lah.

“Comb,” saya jawab dengan naïf.

“Budak kelas ni tak tahu....Awak rasa mereka ni bodoh ke pandai ?” Mata Cikgu Lah seakan tak sabar menanti jawapan.

Saya serba-salah. Walaupun saya budak darjah satu yang comot, tetapi saya faham Cikgu Lah mahukan jawapan ‘bodoh’ daripada saya. Nak tak nak, saya jawab juga.

“Bodoh”

Bila dah besar barulah saya faham psikologi dan strategi pedagogi yang dimainkan oleh Cikgu Lah walaupun saya masih tak bersetuju langsung dengan cara itu. Masih lagi saya teringat dalam perjalanan pulang dari sekolah pada hari itu, saya mendengar ada 2 orang budak sedang bercakap sambil menunjuk ke arah saya,

“Ni lah budak yang kata kita bodoh tadi !”

Saya bersekolah kampung. Walaupun ada kemajuan sekarang, tetapi tahap Bahasa Inggeris anak-anak sekolah rendah sekarang kurang lebih macam itu juga saya rasa. Masih struggling anak-anak nak menghafal vocabulary mudah. Jadi macam mana sekarang ini mereka hendak mendarab-bahagi dan mengenal tumbuh-tumbuhan dan species katak dengan bahasa yang saya terpaksa (dipaksa) katakan mereka ‘bodoh’ ini ?

Talhah diapit oleh si biri dan si kambing.

2 comments:

  1. saya bukan tak sir budak-budak pandai BI, tapi tak kena tepat ngajar math&scince dalam BI. Anak-anak saya jadi lemah nak ngaji M&S sebab banyak tak pehe, padahal masa tadika dulu rajin sungguh (dale hati kata, ada masa depan budak ni). Lo ni, Kalu ngaji pun, sikit-sikit tanya kita. MMujurlah kita ni reti orang putih sebab dulu ngaji di Michigan (nama machang dalam BI weh). Kita pulak hak beratnya, matematik buleh tahan lagi, kalu sains, tido la kawe. Hak peliknya, ngaji PPSMI tapi anak hak kelas 3 tu, is are am pun tak tahu benda! Gini lah, saya rasa bukan dgn cara PPSMI nak suruh budak pandai ingris, sistem ngajar BI tu sendiri hak perlu dimajukan. Kawe tengok, cikgu ngajar BI lo ni serupa jah dengan masa kita ngaji tahun 70an dulu, malah lebih banyak cikgu kecek melayu semasa menerang/mengajar BI. Ada sorang member kata, Nak suruh budak pandai spiking BI senang joh, tohok dia di england sebulan, pandai lah dia spiking.Ko guano?

    ReplyDelete
  2. poknik,

    hok ambo dok perhati, budak2 hok terrorist english tu mok pok dia pun english tahap terrorist juga.
    maknanya, komunikasi dale keluarga demo dale english. jak kecik lagi.

    kalu tohok anak di england rasanya gi terkam ko playboy dengan penthouse dulu. haru pulak kita. english pandai, benda lain pun pandai.

    ataupun anak-anak kita hak baru lahir kat spital tu, tahan sebulan dulu, intensif english dulu. baru buleh balik. dengan mak skali cair kalu buat gitu.

    ppsmi ni bukan sebab keciciran budak luar bandar sahaja. isu utamanya bm sendiri yang tercicir, jadi bahasa vakum. ini yang penchenta bahasa turun jadi 'dalang' demonstrasi baru ni.

    so lagi, cikgu inggeris jange gak bekeng sangat. budak jadi menikus dan tak pandai akhirnya. kalu bekeng lagu poknik tak po la.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...