Monday, March 9, 2009

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara


Pukul 4.15 am, bas expres Mahligai sampai di Pekan Guchil. Perjalananku yang bermula dari Putrajaya pada pukul 9.00 malam tadi tamat di sini. Aku turun. Bas meneruskan perjalan ke Kota Bharu.


Aku berjalan ke rumah bondaku yang tidak jauh mana dari jalan besar. Jalan di dalam Guchil terang benderang disirami lampu. 4.30 pagi sampai di tangga rumah.


"Assalamualaikum!"


Tiada jawapan. 4.30 pagi semestinya masa melayan mimpi dan dengkur.


Tok! Tok!


Aku mengetuk pintu dua kali. Sesaat, dua saat, lapan saat, 30 saat. Tiada jawapan.


Aku keluarkan handphone. Yes! Ada line 3G.


Aku buka beg galasku. Keluarkan komputer. On. Cucuk Celcom Mobile Connect. Dengan senang aku dapat line internet. Hidup Guchil. Maju! Maju!


Dalam kegelapan itu, aku buka Internet Explorer. Buka You Tube. Search.........Negaraku.


Volume maximum.


Play.....


Negaraku

Tanah tumpahnya darahku....

Rakyat hidup..........krek kriok........


Tingkap dibuka.


"Eh! Abe Li balik.....lama dah?"


So, para pemimpin. Jangan persoalkan kesetiaan rakyat biasa macam kami. Tengah syok mengigau pun, dengar lagu Negaraku terus bangun..... Tanyalah diri anda sendiri, cintakah aku pada Negara?

.

5 comments:

  1. Raja dan Negara yang mereka maksudkan itu lain.

    Kena mainkan "God Save the Queen" baru mereka kata kita setia raja.

    ReplyDelete
  2. tapi bakpo tak call jah, lagi cepat. takpun wat video call, mms ko, 3g ado tu....

    tapi apapun...kellah taktik dan teknik demo weh...menjadi sunggoh.

    ReplyDelete
  3. tn sebol,

    main lagu god saves the queen nanti makin syok mimpi main salju kat england.

    ambo,

    wat nakal balik sekali sekala. biar ada memori.

    ReplyDelete
  4. err...
    mintak tolong sikit buleh ko?
    tolong ngejah kawe nak kelik klate...
    teringat roti canai sulaiman di simpang batu balai tu, sera nak kelik slalu...

    ReplyDelete
  5. paknik bekeng,

    setakat ngejah tiket bas mutiara dan mahligai balik kelate tu takde masalah.
    tapi kalu nak balik kijo....ambo pong dekat-dekat filipina doh ni.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...