Puisi Suami Untuk Isteri Untuk Kahwin Lain
Isteriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu
kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh,
begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa
Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu……
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain…
Balasan Puisi Suami daripada Isteri
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu
kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan
kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan….
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…
Cuba lihat siapa dirimu…
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan
cuma mancis saja!!!!!
please lah….!!!
***Sumber Email dari Jobex
No komen...
Kalau semua orang sedar dan fikir macam tu ok gak.... tapi ramai yang fikir satu arah je...
ReplyDeleteMancis tu ada orang takleh dengar...nanti xlalu makan
Moksu
puitis tapi penuh makna! :)
ReplyDelete