Tuesday, March 17, 2009

PPSMI (versi recycle)


Selepas makan pizza yang disajikan di atas flight MH 2662 ke Kota Kinabalu, dude di sebelah kanan saya mula menyelak surat khabar manakala dude disebelah kiri pula asyik mencungkil gigi. Bila keadaan macam tu, pastinya saya memberatkan pandangan ke arah kanan.

Dude di kanan sedang baca Berita Harian, atuk kepada Sinar Harian. Dah lama saya tak baca, apalagi nak beli paper yang ber’surname’kan Harian ni. Last time saya beli Berita Harian kalau tak silap semasa menghadiri konvokesyen abang saya di US (Ulu Sintok daa..) tahun 2005 or 2004 dulu. Saya beli semata-mata nak lapik duduk, memang tak baca pun! Terus buat lapik duduk.

Berita utama yang terpampang di Berita Harian yang lebih kecil, lebih terampil hari tu, Jumaat, 14 November, 2008 ialah “TAK JEJAS PRESTASI UPSR”. Sekilas ikan di air saya dah agak, ini mesti pemberita pisang gallo (butir banyak) yang melaporkan ulasan mana-mana kangkung yang me’relate’kan tentang UPSR dgn PPSMI.
.
Sampai rumah, buka internet, memang betul. Sah. Sohih. Saya tak nak argue tentang berapa percentage pelajar yang jawab UPSR dalam BM dan BI, atau kertas UPSR tu sendiri yang dwi-bahasa, atau berapa markah lulus untuk gred A B C yang ditetapkan.

Cumanya setahu saya sebab utama orang menentang PPSMI bukan takut UPSR atau SPM atau PMR merudum kelulusannya. Yang lebih utama dikhuatirkan mereka ialah BM jadi terpinggir, hilang kedaulatan, tak power, tak berilmu, jadi vakum dan lain-lain. Sebab tu A Samad Said pun rela janggutnya diputihkan lagi oleh gas pemedih mata!
.
Memang isu ini bukan untuk orang yang 'bertelinga satu dan berlidah dua' (pinjam perumpamaan Pak Samad yang power).

Saya pernah duduk di sebelah Lee Lam Thye semasa satu sidang akhbar. Sebelum majlis bermula, dia ada berborak dengan saya dan seorang lagi dude di kanannya. Katanya,

"We Malaysians are very good, very lucky. Most of us know at least 2 languanges.... most of us know English."
.
Saya diam saja. Dude di kanan bisu terus. Dalam hati saya jawab juga.

"Kebanyakkan orang dalam dunia ni pun memang paling kurang paham 2 bahasa. Mother tounge dan English. Yang tahu cuma satu bahasa mungkin hanyalah mat salih US, UK, Australia....."
.

No comments:

Post a Comment

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...