Berita baik kepada anak kariah Guchil. Hujung tahun ni InsyaAllah dah boleh mula sembahyang di masjid yang digantikan. Kepada anak-anak Guchil di perantauan, bolehlah balik sembahyang raya bersama-sama. Tak perlu lagi sembahyang Jumaat di seluran atap semasa hujan lebat mencurah-curah di masjid Abim.
Tapi pastinya, Tok Najib akan datang rasmi dulu. Maka akan adalah pakar-pakar sejarah tak rasmi yang akan mengaitkan perasmian ini dengan perasmian Masjid Baroh Guchil asal pada lewat 60-an oleh Tun Razak.
Apapun kita bersyukur kerana mendapat masjid yang digantikan. Alhamdulillah.
Memang nampak macam dalam pelan, cuma belum ada kubah lagi.
Tiles sudah dipasang.
Penyambut siling juga telah tersedia. Termasuk pendawaian elektrik.
Setiap projek (pembangunan?) ada mangsanya.
No comments:
Post a Comment
Komen anda dihargai.