Thursday, November 6, 2008

Masjid Guchil Progress Report No.1

.

Assalamualaikum....
.
Pertengahan Oktober, 2008 yang lepas, saya sempat menjenguk ke kampung halaman Guchil, Kuala Krai. Sempat juga saya menjenguk ke tapak projek pembinaan semula Masjid Guchil.
.
Masjid Guchil asal telah dirasmikan pada 1968 oleh Timbalan PM Malaysia ketika itu, Allahyarham Tun Razak. Kebetulan pada 2008, anak beliau Timbalan PM Malaysia ketika ini, Datuk Seri Najib merasmikan majlis pecah tanah untuk bina masjid baru. Dengan kata lain, masjid asal dirobohkan dan bukit tapak masjid diratakan.
.
Sayangnya saya tidak mempunyai sebarang foto Masjid Guchil yang asal. Sesiapa yang ada tu, harap-harap sudilah berkongsi dengan saya.
.
Di dalam berita, Masjid Guchil asal disebut Masjid An-Nur. Saya percaya jika anda pergi ke Guchil dan bertanyakan di mana Masjid an Nur, semua orang akan kata anda silap masuk kampung!
.
Apa-apapun saya harapkan Masjid baru Guchil dapat disiapkan mengikut jadual supaya kejadian saya dan beberapa orang sembahyang Jumaat di seluran atap masa hujan lebat tidak berulang di Masjid Abim Guchil yang menjadi tumpuan penduduk Guchil sekarang. InsyaAllah.
.
Lega hati melihatkan struktur baru telah naik. Progress kalau mengikut bekas project engineer
Pakatan Jaya lebih kurang 30%. Semasa lawatan didapati kerja-kerja agak slow dan tergendala.
.

Rumah Kak Rah yang menjadi mangsa kerja-kerja cerun tanah tak mengikut spesifikasi agaknya. Aras masjid asal lebih kurang level roof beam rumah
Kak Rah.
.


Pintu pagar tapak projek atau pintu pagar kawasan masjid. Bagai terbayang arwah ayah
melaluinya tanpa berselipar kerana....
Dari kejauhan nampak Bukit Taku yang kerap menjadi perhatianku semasa kecil. Terutama struktur semacam rumah di puncak bukit itu. 
.


Mungkin papan tanda ini tak sanggup lagi menanggung 3 heavyweight ini? Atau
menggambarkan kedudukan Anuar Musa dan Datuk Ramzi di Kelantan? Atau meramalkan
masa depan ke tiga-tiga ahli politik itu? Atau papan tanda tu saja nak pekena umno?
DS Najib semasa majlis pecah tanah untuk roboh dan bina semula Masjid Guchil. Nampaknya
papan tanda tu bersendirian.....rata-rata makhluk bernyawa masih berebut nak berkat DS TPM.
.
.

10 comments:

  1. teringat atas bukit tulah curi tengok tarian singa pada hari raya cina masa tengah mengaji al-Quran dengan Allahyarham Tok Imam Pak Mudo Lah...

    ReplyDelete
  2. nak tanya Mr Cikli engineer civil ke?

    :)

    ReplyDelete
  3. Salam..Aku pun sedih jugak dengan masjid kito dulu..ok pun..stay yang dulu pun takpo. Yang kesian..abis jalan2 kat situ..macam jalan sawit!!

    ReplyDelete
  4. moksu: mari mari mariiii nuji ...atah.....

    asal: mechanical by qualification. tapi ada added value bergelumang dengan civil for about 5 years. namun cita2 nak jadi ustat.

    jobex: siap masjid baru, kita panggil dr hatta berkhutbah.

    ReplyDelete
  5. wah2x, banggany dpt kenal sorang engineer cum ustaz
    takpe kan buleh jadi protaz, prof. ustaz, masih lom terlewat lagi cikli utk jd ustaz

    ReplyDelete
  6. asal, jgn prostat sudah. kekeke

    ReplyDelete
  7. Terbayang juga mullah Tok Ayah Nik Cob, ayahnya Ayah Wil terlupa pakai kasut dengan bersetokin sahaja mendaki naik masjid. Juga kankersaurus tertidur di sebalik gulungan tikar...

    ReplyDelete
  8. cikli,
    Progress rumoh guano?

    CankerSaurus

    ReplyDelete
  9. pokmudo: cankersaurus berehi nussuk. lipah tu jira. tu yang jenero belake tikar tuh.

    kakeksaurus: belom start ba.... mungkin januari ni kot.

    ReplyDelete
  10. Terbayang wau kotak kertas s.khabar yang dinaikkan di padang masjid...

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...